Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

FAKTOR X

Saiful by Saiful
18/02/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Ini merupakan Civic FC pertama yang berjaya disiarkan dalam majalah ini. Biasalah benda baru, mana ada yang berani usik sebelum ni. Tambah lagi ia kini tergolong dalam kelas sedan eksekutif, sekaligus gagal menarik minat kaki bikin yang lebih selesa dengan model kebanyakan.

Untuk pasaran tempatan, Honda Malaysia telah mendapat kebenaran untuk memasang dan memasarkan model Civic generasi ke-10 ini pada Jun 2016. Terdapat 3 varian yang diperkenalkan iaitu 1.8S, 1.5TC dan 1.5TC-P. Walaupun berkuasa turbo dengan tag harga yang agak premium, nilai cukai jalannya cuma semahal 90 hengget ajer. Mana aci gitu, untung betul bila pakai enjin kecik nih.

Dari segi rekabentuk, kereta ini kelihatan agak radikal berbanding generasi sebelum ini. Suma benda nampak tajam. Selain itu, model sedan global ini juga turut memiliki profil badan berbentuk fastback, sekaligus memberi gambaran rupa lebih besar.

Seperti dijangka, Hafizi tidak membeli kereta ini untuk menakluk Gong Badak atau Sepang. Beli sebab keperluan semasa. Dah penat-penat kerja, apa salahnya bagi ganjaran untuk diri sendiri. Itu niat asal. Tapi bila dah join sana-sini, beliau mula terjebak dalam dunia keracunan yang serba kejam. Mujur ia sebuah model baru. Maka corak ubahsuai yang boleh dilakukan, perlu mengikut lunas kereta-kereta masa kini.

Rupa luaran yang sudah sedia garang, kini dipertingkatkan dengan beberapa komponen tambahan jenis gentian fiber. Sebahagian besarnya perlu ditempah khas, memandangkan produk yang wujud dalam pasaran gagal menawan hatinya. Antaranya skirt keliling gentian karbon yang dihasilkan oleh perniagaannya FzyCarbon, hood dan fender lebar Akana AirCarbon, pembuka pintu, penutup minyak dan garnish boot GB Carbon, serta spoiler karbon Varis Hyper Narrow. Paling menarik padanan bumper depan Civic FK7 USDM, termasuk penggunaan cermin sisi varian RS dengan sistem LaneWatch. Memandangkan kaler putih asal terlalu degil untuk dibasuh, Hafizi telah membalut keseluruhan kereta ini dengan stiker berwarna maroon.

Bahagian rim dibesarkan satu saiz berbanding asal. Rim Gram Lights 57CR keluaran Rays ini, telah dipadankan dengan tayar Hankook Ventus S1 dari saiz 225/45ZR-18. Di sebalik roda depan, tersemat kit brek Brembo terlajak besar milik Porsche Cayenne. Sementara sistem gantungan MacPherson dan MultiLink yang digunakan, telah dinaik taraf menggunakan set suspensi BC Racing yang lebih pejal. Janji boleh ejes.

Ruang dalaman kereta sememangnya cukup dari segala segi. Semuanya serba lengkap untuk keselesaan dan keselamatan pemanduan. Kalau niat nak tukar tempat duduk atau stereng rasanya kurang bijak, kecuali jika komponen OEM milik Civic FK8 Type R mampu diperolehi. Buat masa ini, ia hanya diserikan dengan trim gentian karbon pada konsul tengah, stereng, panel pintu, serta tambahan tuas pedal shift Spirior dan paparan digital CAG.

Lupakan seketika pasal Civic FK8 Type R yang dari azalinya, memang dibuat untuk tujuan prestasi. Sesuai dengan trend semasa, Honda telah mengambil keputusan untuk mengecilkan jumlah isipadu enjin, bagi sebahagian besar model-model keluaran mereka. Untuk pasaran sebelah sini, Civic FC ini yang hanya ditawarkan dengan enjin lama R18Z1 atau enjin baru L15B7 dengan sistem pengecas turbo.

Walaupun berpotensi untuk dimajukan, kekangan enjin ini terletak pada sistem transmisi CVT yang digunakan. Bikinlah power mana pun, namun pacuan akhirnya belum tentu mampu menampung jumlah kuasa yang ada. Lainlah kalau duk Amareka, ada jugak versi manual yang ditawarkan.

Untuk kereta ini, senarai tingkat taraf dimulakan dengan menggantikan unit turbo MHI TD03 asal dengan turbo milik CR-V 2017. Saiznya masih lagi sama, cuma turbo model ini memiliki bilah kipas yang lebih besar untuk membentuk tekanan lebih pantas. Memastikan prestasinya sentiasa ditahap optimum, pemetaan ECU perlu dibuat menggunakan perisian dari Hondata FlashPro.

Suapan udara datang dari penapis dan ram udara rekaan K&N, terus ke bahagian sambungan turbo. Turut membantu, beberapa komponen tambahan lain seperti unit intercooler Monster, radiator Saber, serta unit penyejuk CVT juga dari Saber. Sistem ekzos kemudian telah dibina semula secara kustom, dengan tambahan sepasang tip berkembar Akrapovic, termasuk penggunaan injap valvetronic agar lebih bertamadun.

Kemampuan kereta ini belum diteroka oleh penggiat modifikasi di negara ini. Resepi tuner luar pun masih samar-samar, walaupun sudah ada lambakan komponen berprestasi yang dihasilkan. Yang boleh kita nampak, mungkin potensi enjinnya untuk menggantikan projek K-Swap yang popular sebelum ini. Tapi sapa nak mulakan? Itu kena tunggu…

 

 

Previous Post

GAYAKEN

Next Post

BANGKOK INTERNATIONAL AUTO SALON 2018

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved