Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Fakta Menarik Yang Perlu Diketahui

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
13/12/2020
in BULETIN, UTAMA

Proton Exora dilancarkan pada bulan Mac 2009 dan masih lagi dijual sehingga hari ini bersama-sama saingan azalinya iaitu Perodua Alza. Namun dengan usia produk yang menjangkau 11 tahun, rekaan dan tekologi yang digunakan pada Exora nampak semakin ketinggalan. Proton perlukan satu produk baru untuk menggantikan Exora dengan segera.

Antara model yang sangat relevan untuk menggantikan Exora ialah Geely Jiaji iaitu sebuah MPV saiz sederhana. Beberapa hari lepas tersebar khabar angin mengatakan Proton sedang menfailkan satu tanda nama dagang V70. Kami tidak pasti samaada nama V70 ada kaitan dengan Geely Jiaji atau tidak.

Tapi kami bawakan kepada anda beberapa fakta pantas berkenaan Geely Jiaji ini.

1. Saiz – Jiaji memiliki panjang 4706mm, lebar 1909mm dan tinggi 1690mm. Jarak antara roda juga amat besar iaitu pada 2805mm. Dari segi saiz, Jiaji ini sebenarnya lebih besar dari Exora dari segi lebar dan panjang. Maka tidak hairanlah ia lebih berat pada 1620kg bagi versi automatik. Saiz ini sebenarnya menghampiri Toyota Innova.
2. Platform – sama seperti Exora yang dibina berasaskan platform sedan, platform Jiaji diasaskan dari platform yang sama dengan sedan Geely Borui GE. Platform ini khusus dibangunkan untuk rekaan pacuan roda depan dengan enjin berada di depan cesi. Sama seperti Borui, cesi ini menyokong teknologi elektrifikasi dan hibrid.
3. Trenkuasa – bagi pasaran China, terdapat 4 pilihan enjin dengan 3 pilihan transmisi. Bagi unit manual 6 kelajuan, ia akan digabungkan dengan pilihan enjin 1.5 TGDi 3 silinder (sama seperti X50 flagship) yang menghasilkan 174 kuasa kuda dan 255 Nm tork. Bagi versi 6 kelajuan automatik, ia akan digandingkan dengan enjin 1.8 TGDi yang menghasilkan 181 kuasa kuda dan 300Nm tork.
4. Hibrid – bagi versi yang lebih bersih, Jiaji ditawarkan dengan 2 pilihan hibrid samaada 1.5TGDi yang digabungkan dengan sistem hibrid MHEV (mild hybrid 48Volt) dengan motor elektrik yang akan membantu Jiaji membuat pecutan serta memberikan penggunaan petrol sekitar 16.9km per liter.
Bagi unit plug-in hybrid, enjin 1.5TGDi ini akan digandingkan dengan sistem hibrid yang lebih canggih yang memberikan pemanduan elektrik sepenuhnya sejauh 56km. Penggunaan petrol pula adalah sekitar 62.5km per liter dengan sistem bateri penuh. Semua varian hibrid akan menggunakan transmisi 7 kelajuan dengan klac berkembar.


5. Rekaan Luar – berbeza dengan MPV jepun yang gemarkan penggunaan pintu gelungsur, Jiaji tampil dengan rekaan 5 pintu konvensional. Terdapat 3 pilihan susunatur tempat duduk samaada 2+2+2 atau 2+3+2 atau 2+2+3. Kusyen barisan tengah boleh direbahkan sehingga 165 darjah, kusyen bahagian depan boleh dianjakkan ke depan dengan butang dan susunan kusyen boleh dilipat berdasarkan keperluan pengguna
6. Teknologi pemanduan pintar – untuk pasaran China, Jiaji telah dipasang dengan Advance Driver Assist System yang merangkumi Intelligent Cruise Control (boleh mengikuti kereta depan dalam keadaan berselekoh), Pemanduan Adaptif sehingga kelajuan 150km/j, Lane Keep Assist, Auto Park Assist, dan Intelligent High Beam Control
7. Aspek Keselamatan – ADAS pada Jiaji juga merangkumi pelbagai ciri tambahan seperti Sistem Amaran Titik Buta, Amaran Pra-Perlanggaran Depan dan Belakang, Sistem Brek Pra-Perlanggaran dengan fungsi pejalan kaki, sistem amaran lintasan belakang (RCTA), sistem amaran halaju, Lane Change Assistant, dan 8 beg keselamatan udara.
8. Ciri Unik – bergantung pada varian, Jiaji akan ditawarkan dengan ciri cermin suria, paparan meter HUD, skrin dengan saiz 12.3 inci yang menyokong Geely Smart Ecosystem (GKUI) yang berupaya menerima arahan suara, unit penyaman udara untuk barisan belakang dengan fungsi air ionizer, dan pintu kargo dengan bantuan kuasa.

Sumber : Mekanika

Previous Post

BMW M3 Tahun 1988, Sebuah Modifikasi Berseni

Next Post

Kenali Setiap Generasi Celica Dari 1970 Sehingga 2006

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved