
Sesebuah enjin kenderaan memiliki sistem yang telah direka dengan begitu baik sekali. Setiap peralatan yang ada padanya mempunyai fungsi atau tugasan berbeza untuk memastikan perjalanan enjin menjadi lancar. Kehebatan sesebuah enjin juga bukan sahaja diukur pada tahap kemampuan atau kapasitinya tetapi pada setiap komponen yang digunakan.

Umum sedia maklum, jangka hayat sesebuah enjin boleh bertahan lama jika komponen dan keseluruhan sistem dijaga dengan cermat. Namun, kita kena tahu bahawa setiap satu daripadanya memiliki ketahanan yang tidak dapat dijangka hayatnya serta boleh berlaku kerosakan pada bila-bila masa. Semestinya peralatan atau komponen tersebut perlu digantikan dengan segera supaya pergerakkan anda tidak tergendala ataupun kerosakan tersebut tidak merebak menjadi lebih teruk dari sebelumnya.
Salah satu hal yang amat penting bagi enjin adalah sistem penyejukkannya. Ia membantu dalam memastikan pergerakkan enjin menjadi lancar serta tahap kepanasan pada enjin menjadi lebih terkawal tanpa mengganggu prestasi semasa enjin ini didesak segala kuasanya. Anda mungkin menyasarkan pada unit radiatornya sahaja tetapi jangan lupa, motor dan kipas yang bergerak laju di bahagian hadapan kenderaan turut penting dalam memastikan suhu pada enjin lebih sejuk dan terkawal.
Jika berlaku kerosakan, pergerakan akan tergendala dan ia perlu ditukarkan dengan segera supaya enjin serta sistem penyaman udara dapat berfungsi dengan sempurna. Jika lambat ambil tindakan ataupun anda masih memandu dalam keadaan suhu enjin tidak terkawal, jadi bersedialah untuk mengeluarkan belanja berlipat kali ganda daripada sebelumnya.
Sebagai sebuah pengeluar komponen dan peralatan automotif yang ternama, BKA Japan menyediakan produk-produk yang dapat membantu dalam mengatasi segala masalah yang berlaku pada kenderaan anda. Motor dan kipas yang menjadi salah satu tonggak utama sesebuah kenderaan didatangkan dengan kualiti mampu milik serta berkualiti untuk para penggunanya. Dengan pilihan model-model kenderaan yang dihasilkan, ia dapat membantu para mekanik dan juga pengguna membuat pilihan yang lebih munasabah secara keseluruhannya. Teknologi serta material yang digunakan pada produk BKA diuji terlebih dahulu ke atas setiap kenderaan bagi memastikan ketahanan serta prestasinya sentiasa mengikut piawaian yang bersesuaian serta dikehendaki.
Alat ganti motor dan kipas dari BKA Japan ini ditawarkan untuk beberapa model yang ada di pasaran Malaysia antaranya seperti Honda City, Jazz, HRV, Nissan Almera, Latio, Navara, Perodua Bezza, Myvi, Alza, Proton Preve, Suprima, Exora, Toyota Camry, Hiace, Vios, Suzuki SX4 dan banyak lagi.
Sekiranya anda bercadang untuk mendapatkan produk dari BKA Japan, sila hubungi pihak LB Auto Group yang memasarkan alat ganti tersebut ke seluruh wakil jualan produk automotif yang ada di seluruh Malaysia.
𝐋𝐁 𝐀𝐔𝐓𝐎 𝐆𝐑𝐎𝐔𝐏
No.7 , Jalan 1/57B,
Off Jalan Segambut Atas,
51200 Kuala Lumpur
Contact: 019-9599113
Email: info@lb113.com
FB: https://www.facebook.com/LBauto113/
Web : https://www.lb113.com ,https://www.bkajapan.com
atau
𝐋𝐁 𝐀𝐔𝐓𝐎 𝐙𝐎𝐍𝐄(𝐌) 𝐒𝐝𝐧 𝐁𝐡𝐝
No. 9, Jalan 1/57B,
Off Jalan Segambut Atas,
51200 Kuala Lumpur
Contact: 019 – 228 9113 https://wa.link/6rvuma
North Malaysia : 60 19-959 9113 (Kar Chuen) https://wa.link/d0fohe
South Malaysia : 60 19-228 9113 (Mun Chun) https://wa.link/1crgh2
East coast Malaysia : 60 19-368 8113 (Frankie Wong) https://wa.link/e7k2gx
Facebook : https://www.facebook.com/LBAUTOZONE/
Web: https://www.lbautogroup.com , https://www.bkajapan.com
















