Baru-baru ini telah berlangsungnya Malaysia Championship Series 2021 bermula dari 10 hingga 12 November yang lalu. Perlumbaan ini turut disertai oleh Leona Chin yang kembali ke perlumbaan empat roda setelah kali terakhir menyertainya pada tahun 2019.
Walaupun dua pusingan awal diiringi dengan pelbagai emosi, seluruh pasukan berjaya mempamerkan persembahan cemerlang sekaligus memberikan ganjaran yang paling manis apabila membawa pulang dua kemenangan.
Bagi makluman, Leona bertanding dalam kategori Malaysia Touring dengan menggunakan jentera #6 Suzuki Swift yang disediakan oleh Tedco Racing. Sesi latihan pada hari Rabu memberikan peluang kepada pasukan menyediakan kereta sebelum memasuki sesi kelayakan. Bersaing dengan para pesaing dengan kereta-kereta seperti Honda Fit dan Toyota Vios, Leona berjaya mencatatkan masa terbaiknya pada 2:39.944 sekaligus melayakkannya berada di kedudukan hadapan dalam kategori MTC ketika perlumbaan Race 1.
Pada awal pusingan, Leona berjaya dipintas, tetapi beliau kekal bertenang di pusingan pembukaan kerana seperti yang diketahui, setiap perlumbaan MCS memakan masa satu jam. Di pusingan keempat, Leona berjaya merampas kembali kedudukan dan mengungguli kategori MTC.
Selepas perhentian pit stop yang lancar, Leona berjaya membawa kereta dipandunya ke garisan penamat dan memenangi perlumbaan dengan perbezaan masa hampir seminit dengan pesaing terdekatnya.
Sebagai double header, perlumbaan Race 2 jurang masa hanya 4 jam dan pasukannya mencari peluang kebarangkalian untuk menghabiskan Race 1 dengan mendapat tempat di podium. Kemenangan di Race 1 telah menempatkan Leona di barisan awal sekali lagi dan beliau berjaya menyempurnakan perlumbaan dengan pantas.
Bagaimanapun, Race 2 tidak begitu baik untuk Leona mahupun pasukannya di mana di atas batu-batu. Walaupun ia kelihatan seperti tidak serius, tetapi kemalangan itu menyebabkan kerosakan kepada penyejuk minyak dan splitter. Dengan dua lagi perlumbaan yang dijadualkan pada keesokan harinya, pasukannya terpaksa bekerja keras dalam memastikan bersedia untuk pusingan seterusnya.
Bagi Race 3, Leona memulakan perlumbaan dari kelas P1 dan bertekad untuk menebus kembali apa yang terjadi semalam. Beliau berjaya mendapat laluan yang mudah sebaik sahaja lampu bertukar hijau seterusnya menguasai selekoh 1. Malangnya, beliau terpaksa berhenti dari perlumbaan sekali lagi ini kerana salah seorang peserta SP2 telah melanggar
tayar belakang yang dibawa Leona.
Berbekalkan 4 jam sebelum memulakan pusingan 4, seluruh pasukan menggunakan segala kemahiran yang ada dan sekali lagi, Swift tersebut berjaya diperbaiki dan menyertai perlumbaan yang disediakan. Setelah gagal menghabiskan perlumbaan pada Race 3, bermaksud Leona terpaksa bermula dari awal yang menjadi cabaran tambahan untuk beliau.
Leona tidak tunggu lama untuk P5. Tiba di selekoh 4 untuk pusingan pembukaan, beliau sudah pun berada di tempat kedua dan juga ketika Race 3, menyaksikan Leona menggungguli perlumbaan. Tidak menoleh, Leona mendominasi perlumbaan dan memenangi MTC kali kedua untuk musim ini.
Empat perlumbaan sudah berakhir, kini pasukannya menumpukan fokus terhadap dua pusingan yang bakal diadakan pada 14-16 Disember 2021. Pasukannya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan untuk peminat yang sedia menonton.