Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Edamame, Kelajuan Yang Mampu Beri Kepuasan!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
26/08/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

Semenjak Covid-19 melanda dunia, banyak sebenarnya perkara yang terjejas. Dari segi ekonomi hinggalah kerja harian kita yang banyak tertangguh. Bukan itu sahaja, ramai majikan yang telah membuang pekerja akibat kerugian yang tidak dapat dielakkan. Syarikat-syarikat besar juga banyak ditutup kerana tidak dapat menjalankan operasi seperti biasa.

Kalau semuanya terkesan akibat pandemik tersebut, sukan juga tidak ketinggalan. Tiadanya sukan, ianya membuatkan ramai orang menjadi terlalu bosan kerana tidak ada hiburan ataupun aktiviti yang boleh dijalankan dan terapaksa berkurung di rumah. Pertama kali berlaku dalam sejarah, bukan melibatkan 1 atau 2 negara tetapi seluruh dunia.

Di Malaysia, sukan drag merupakan salah satu sukan permotoran yang popular. Dan ianya mempunyai pengikut dari pelbagai golongan usia. Jadi, tidak mustahil ramai pembina jentera perlumbaan ini di negara kita. Seperti biasa, jentera perlumbaan yang seringkali digunakan bagi tujuan perlumbaan di negara kita adalah Proton Satria. Dengan kesesuaian yang ada pada jentera ini membuatkan ianya menjadi pilihan untuk digunakan sebagai jentera pejuang di atas litar. Ianya terbukti dengan beberapa rekod yang telah dicipta di luar negara kita sendiri.

Kalau sesiapa yang rajin turun drag dekat Pekan, mesti selalu nampak kelibat jentera hijau ni. Proton Satria keluaran tahun 1998 ni dahulu asalnya didatangkan dengan enjin 4G13P je. Sekarang, dek karana orang Malaysia semuanya berbakat, maka nadi baru 4G93 berjaya dipadankan pada jentera ini. Untuk memastikan jentera perlumbaan ini sentiasa ‘perform’ di atas litar, beberapa naik taraf telah diberikan pada enjin ini. Seperti yang diberitahu, enjin ini dilengkapi dengan conrod dari K1, keseluruhan bearing asal telah digantikan dengan bearing dari jenama Kings. Kepala silindernya pula mendapat sentuhan dari pihak Nasty port Flow dan dipadankan bersama aci sesondol DTR 306 degree.

Untuk bantuan kuasa yang lebih bertenaga, enjin ini dipasangkan dengan sistem intake manifold Edelbrock yang dipadankan dengan ‘throttle body’ S90 berukuran 70mm. Bagi memastikan sistem aliran bahan api menjadi lancar dan terurus dengan baik, pam bahan api dari jenama Bosch disambungkan pada pelaras dari Arospeed dan seterusnya disambungkan pada rel dari AEM. Talaan enjin disempurnakan lagi dengan penggunaan unit ECU Haltech Sprint 500. Manifold ekzos Hytech 4-1 akan memastikan segala gas karbon yang terhasil dalam enjin dikeluarkan dengan sempurna.

Kotak gear yang dilengkapi klac perlumbaan DTR single plate seterusnya menyampaikan kuasa ke bahagian roda dengan lebih pantas dan cekap tanpa sebarang gelinciran. Sistem breknya pula menggunakan kaliper asal yang dinaik taraf dengan penggunaan pelapik yang berketahanan pada suhu yang tinggi.

Untuk sesebuah jentera perlumbaan, bahagian dalamannya ringkas dan tidak keterlaluan tanpa aksesori yang tidak berkaitan. Tempat duduk Bride Low Max yang dipasangkan akan memastikan pelumbanya boleh dipegang erat ketika kuasanya diperah ke tahap yang maksimum.

Luarannya pula pastilah menampilkan ia seperti sebuah pejuang yang sentiasa menanti pesaingnya di atas litar perlumbaan. Muka depan dari model Mivec menjadi pilihan untuk dikenakan pada badan jentera ini serta mendapat sentuhan kustom pada bahagian bumper dan juga pengudaraan yang memasuki ruangan enjin. Sistem suspensinya pula menggunakan sistem penyerap hentak boleh laras HWL hi-low soft-hard untuk memastikan talaan kedudukan jentera ini sentiasa stabil serta mudah untuk kawalan ketika persembahan.

Menariknya di sini, jentera ini telah dipakaikan dengan rim Spoon original dan juga tayar Toyo R888R untuk mendapat lebih cengkaman di bahagian depan. Spoon ori eaaa…

Untuk membina jentera seperti ini, KRS Autowork telah membelanjakan hampir RM90,000! Mengalahkan main RXZ.

SPESIFIKASI

      • Pemilik – –
      • Pengeluar – Proton
      • Model – Satria
      • Tahun – 1998
      • Modifikasi Enjin – 4G93, Block 4G93, Conrod K1, Bearing Kings, Crankshaft stock, head 4G93 porting by Nasty Port Flow, cam DTR 306 degree, intake manifold edelbrock, throttle body S90 70mm, fuel pump Bosch, fuel rail AEM, fuel regulator Arospeed, coil K20, ecu Haltech sprint500, 4-1 Hytech
      • Transmisi – Geabox 222, DTR single plate racing clutch
      • Luaran – Facelift Mivec, custom bumper, air velocity stack
      • Suspensi – HWL hi-low-soft-hard
      • Brek – Asal
      • Rim & Tayar – Spoon original, tayar Toyo R888R
      • Dalaman – Seat Bride Low Max
      • Workshop: KRS AUTOWORK
      • Tuner : MENTARI PERFORMANCE ACADEMY
      • Penaja Utama : MZZ SPEED RACING, Penrite Oil Malaysia, CBS Motorsport, Mentari Performance Academy, Akhmal Tuned Tech, Red Automotive, Man Robert Carrier Service
Previous Post

Proton Perdana Keluaran Tahun 2012-2018 Perlu Ganti Inflator Beg Udara Takata

Next Post

Realisasi Impianmu Bersama SHELL

CAPAIAN

  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved