Personaliti MKK pada kali ini boleh dikatakan sukar untuk ditemui. Bukan sebab ianya sebuah model Evolution yang terakhir, tetapi jentera ini didatangkan dengan enjin rekaan khas dari HKS! Biasanya model Evo X ini hanya dilengkapi dengan nadi bersesaran 2000cc sahaja tetapi untuk jentera ini, ianya dihuni dengan nadi HKS 2.2 liter.
Kalau dah enjin HKS, semestinya semua peralatan prestasinya pastilah semua dari HKS. Bermula dari kit stroker, aci sesondol, fuel rail, radiator, muffler dan beberapa peralatan lain datangnya dari HKS. Cuma ada beberapa alatan dari jenama lain antaranya intercooler AMS, wastegate Tial, fuel regulator Sard dan juga kit turbo BorgWarner EFR 7670. Berpeluh tengok spec enjin jentera ni.
Kotak gear 5 kelajuan jentera ini pula dilengkapi dengan klac Ogura yang pastinya mampu menghantar kuasa ke bahagian roda dengan cukup berkuasa. ECU dari HKS semestinya akan digunakan bagi penalaan kuasa yang lebih sempurna.
Untuk tahap kestabilan yang lebih baik, pemilik jentera ini telah memberi kepercayaan sistem penyerap hentak boleh laras yang popular di seluruh dunia, Tein untuk dipasangkan pada badan jentera ini. Kuasa membrek masih lagi menggunakan sistem yang asal dan dinaik taraf dengan penggunaan pelapik yang mampu menahan suhu tinggi.
Di ruangan kokpit jentera ini masih lagi kekal asal. Namun pemiliknya telah mengambil inisiatif untuk membalut beberapa bahagian di papan pemuka dengan kain gentian karbon bagi mendapat kemasan yang dikehendaki. Set lengkap roll-cage diikatkan pada badan jentera ini bagi tujuan menambah ciri keselamatan yang lebih baik.
Kit badan ‘widebody’ Varis versi 1 memastikan rupa jentera ini tampak lebih garang ditambah pula diffuser dan GT Wing gentian karbon di bahagian belakang. Warna Porsche Sapphire Blue dikontrakan lagi dengan padanan rim Volk Racing Saga berukuran 18 inci berwarna bronze. Agaknya, berapa dah owner kereta habis?
SPESIFIKASI
- Pemilik –
- Pengeluar – Mitsubishi
- Model – Evolution X
- Tahun –
- Modifikasi Enjin – HKS 2.2 Engine from HKS Japan, (stroker,cam,fuel rail HKS), fuel regulator Sard, wastegate Tial, (Intercooler, Radiator, Manifold, Fuel Pump, Turbo etc), EFR 7670 BorgWarner Turbo Kit (manifold, downpipe, turbo), AMS Intercooler, HKS Hi-Power muffler
- Transmisi / Gearbox – Manual 5 Speed, Ogura Clutch
- Elektronik / ECU – HKS
- Ekzos –
- Suspensi – Tein HLSH
- Brek – Brembo Evo X
- Rim & Tayar – TE37 Saga Wheels 18×10.5j with 275/35/18
- Dalaman – Roll-cage, seat Recaro, HKS Boost Controller, Defi boost meter, Defi meter (3 beradik)
- Luaran – Original Widebody Kit from Varis Japan (ver.1) with Carbon Fiber Diffusers,GT Wing, Body Repainted to Porsche Sapphire Blue
- Bengkel –