Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

City Hatchback Vs Yaris Vs Mazda 2

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
12/01/2021
in BULETIN, UTAMA

Pasaran kereta kompak pada tahun 2021 akan melihat Honda cuba mengekalkan pasaran jenama Honda dengan memperkenalkan Honda City Hatchback. Model ini bakal bersaing dengan Toyota Yaris dan juga Mazda 2 Hatchback bagi kategori kereta kompak segmen B premium. Perodua Myvi dan Proton Iriz juga berada dalam kategori segmen B kompak, namun pada harga mampu milik.

Kali ini kita akan bandingkan 3 kereta kompak yang berada dalam julat harga yang sedikit premium iaitu Honda City Hatchback yang bakal dilancarkan nanti, Toyota Yaris dan Mazda 2 Hatchback. 3 model ini berada dalam julat harga yang jauh lebih mahal berbanding dengan Perodua Myvi dan juga Proton Iriz. Berdasarkan pengalaman penulis dengan semua model (kecuali Honda City Hatchback), ia menawarkan kualiti pemanduan yang lebih baik.

Dari segi angka, Honda City Hatchback menawarkan saiz yang besar dengan 4345mm panjang, 1748mm lebar dan tinggi 1488mm. City Hatchback juga menawarkan jarak antara roda yang paling besar dalam kelasnya iaitu pada 2589mm namun kami tidak menjumpai mana-mana data berkenaan saiz ruang kargoyang ditawarkan. Sebagai perbandingan Yaris menawarkan 286 liter ruang kargo.

Enjin dan Transmisi
Semua model di atas ditawarkan dengan enjin 1500cc 4 silinder tapi berbeza dari segi teknologi yang ditawarkan. Pada jangkaan kami, City Hatchback akan ditawarkan dengan enjin sama dengan City sedan yang menghasilkan 119 kuasa kuda dan 145Nm tork. Walaupun City Hatchback paling berkuasa, Mazda 2 sebenarnya paling ringan dalam kelas ini dengan berat sekitar 1114kg sahaja menjadikan pengendalian Mazda2 paling tangkas.

Dengan 114 kuasa kuda dan 149Nm tork yang dihasilkan oleh enjin SkyActiv serta padanan transmisi 6 kelajuan automatik, pecutan yang dibuat Mazda 2 amat terasa. Anda boleh memecut dari 120-180 dalam beberapa saat sahaja meninggalkan Myvi yang cuba mengejar dari belakang. Yaris pula dengan padanan enjin dual VVT-i dan transmisi CVT bukanlah direka untuk prestasi, namun jika anda berhemah dengan memandu angka 20km/l memang boleh dicapai (telah diuji oleh penulis).

Dah nama kereta kompak, semua model ini dilengkapi dengan suspensi Topang McPherson di bahagian depan dan Torsion beam di bahagian belakang. Yaris dan Mazda 2 menggunakan brek cakera di bahagian belakang manakala mengikit ramalan kami Honda akan menggunakan brek drum pada bahagian belakang. Semua model menggunakan rim 16 namun Yaris menggunakan tayar paling lebar 195mm dan paling nipis 55%.

Keselamatan
Dalam aspek ini, Yaris jauh meninggalkan pesaingnya baik Mazda 2 (2 beg udara sahaja) dan juga City Hatchback. Yaris dilengkapkan dengan 7 beg udara, sistem amaran titik buta, sistem amaran lintasan belakang, Lane Departure Alert, sistem amaran pra-perlanggaran dan brek pra-perlanggaran. City Hatchback mungkin akan hadir dengan Honda Lane Watch manakala Mazda menawarkan G Vectoring Control.

Nak beli mana satu?
Jika anda sedang mencari kompak segmen B yang lengkap dengan aspek keselamatan paling canggih, maka Toyota Yaris adalah pilihan yang tepat. Namun dengan kuasa sekitar 105 kuasa kuda serta penggunaan CVT, ia tidaklah mengujakan sangat melainkan anda memilih GR Yaris yang berharga sekitar RM 290,00.

Jika banyak memandu berseorangan dan perlukan sebuah model kecil yang sporti dan mengujakan, Mazda 2 merupakan pilihan paling tepat. Namun kelemahan utama Mazda 2 ialah faktor ruang walaupun ditawarkan dengan enjin SkyActiv dan transmisi 6 kelajuan automatik yang lincah. Namun dengan harga menjangkau RM 104,000 ramai yang terfikir untuk terus membuat pilihan model segmen C dari jenama lain.

City Hatchback pula sebenarnya dibina di atas platform Honda City / Jazz generasi sebelum ini, dipadankan dengan enjin baru iVTEC DOHC yang menghasilkan 119 kuasa kuda. Pengalaman penulis dengan CVT yang dihasilkan oleh Honda cukup memuaskan, lasak dan jika diperah memang mampu mencapai 190km/j. Pada hemat kami, harga yang ditawarkan nanti tidak jauh berbeza dengan Honda Jazz dan Yaris sekarang.
Kalau mahal sangat, susah nak dapat pembeli.

Sumber : Mekanika

 

Previous Post

Dua Dalam Satu, Jimat Ruang Dan Bunyi Lebih Padu!

Next Post

Hyundai Mendedahkan IONIQ 5 Terbaharu Sebelum Dilancarkan Bulan Depan

KATEGORI

  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW

POPULAR

  • PROTON SATRIA ENJIN LANCER GSR
  • Cita-Cita Datang Dengan Usaha Dan Usaha Datang Dengan Hasil
  • GAYA MUSCLE MITSUBISHI GTO
  • EASTERN SQUAD
  • PROTON PUTRA MIVEC
  • Kalau takut jangan ikut sebab ada yang nak main macam ni sampai berikat perut…
  • G’s RAWK!!!
  • RALLY LEGEND

CAPAIAN

  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
  • RSS - Posts
  • RSS - Comments
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved