Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Ciri Keselamatan Terkehadapan Dan Teknologi Bantuan Pemanduan Baharu

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
03/09/2022
in BULETIN, UTAMA

Tanpa mengira sama ada anda sedang bekerja, bersama keluarga atau ketika riadah, keselamatan adalah hal paling utama. Dengan itu, Ford Ranger generasi baharu menawarkan beberapa ciri perlindungan perlanggaran dan teknologi bantuan pemanduan terbaharu bagi meningkatkan keyakinan di jalan raya.

Gabungan ciri keselamatan aktif dan pasif ini, misalnya struktur kenderaan dan beg udara, ditambah dengan teknologi bantuan pemanduan, akan membantu anda menghindar daripada berlakunya kemalangan. Hal ini menjadi teras kepada Ford Ranger generasi baharu.

Sejumlah model kejuruteraan berpandukan komputer (CAE) yang penting turut dibangunkan untuk menguji pelbagai senario kemalangan, termasuk perlanggaran depan, offset hadapan, ujian tiang sisi, ujian perlanggaran offset belakang, impak pejalan kaki, ujian kekuatan bumbung dan sebagainya. Selain itu, pasukan kami melakukan beratus ujian fizikal bagi memastikan prestasi keselamatan kenderaan dicapai dan mengesahkan ujian model CAE.

(BARU) Brek Pasca-Perlanggaran
Sistem brek pasca-perlanggaran Ford mengenakan brek selepas pertembungan berlaku bagi mengurangkan risiko pertembungan kedua. Sistem ini secara automatik mengaktifkan tekanan brek sederhana apabila pertembungan pertama berlaku. Sistem ini ditawarkan bagi varian WildTrak dan XLT Plus.

(DIPERTINGKATKAN) Bantuan Pra-Perlanggaran
Disertakan bagi varian WildTrak dan XLT Plus, Bantuan Pra-Perlanggaran menggunakan kamera pandangan lebar yang dipasang di tingkap dan radar berdekatan bampar depan untuk mengimbas jalan. Ini bagi mengesan risiko pertembungan dengan kenderaan lain, pejalan kaki atau penunggang basikal di depan anda. Jika risiko perlanggaran dikesan, sistem ini akan memberikan amaran audio dan visual. Jika maklum balas pemandu tidak memadai, sistem Brek Kecemasan Automatik (AEB) akan diaktifkan secara automatik. Sistem ini merangkumi:

(DIPERTINGKATKAN) Brek Kecemasan Automatik (AEB)
Sistem AEB telah dipertingkatkan dengan kemampuan mengesan pejalan kaki dan penunggang basikal, serta kebolehan untuk memberikan sokongan AEB di simpang dalam keadaan-keadaan tertentu, menerusi tambahan kamera baru dengan pandangan lebih luas. Ini bermakna jika pemandu gagal untuk bertindak balas, kenderaan akan mengaktifkan brek secara automatik bagi membantu mengurangkan tahap impak sesetengah pertembungan berdepan.

Amaran Awal Perlanggaran
Jika ada kemungkinan pertembungan berdepan, sistem Amaran Awal Perlanggaran Ford Ranger generasi baharu akan menutup sistem audio dan memberi amaran menerusi audio.

(BARU) Bantuan Pemanduan Mengelak
Menjadi yang pertama untuk kenderaan segmennya, Bantuan Pemanduan Mengelak membantu pemandu mengelak risiko pertembungan dengan memperlahankan atau menghentikan kenderaan lebih awal. Ia dilakukan dengan memberi masukan kepada stereng. Ini membolehkan pemandu mengawal kenderaan dengan lebih mudah apabila pertembungan tidak boleh dielak hanya dengan brek. Sistem ini direka untuk mengendalikan kelajuan sama ada di jalan biasa mahupun di lebuh raya dan menggunakan kamera serta radar yang sama bagi ciri Bantuan Pra-Pertembungan. Ciri ini boleh didapati pada varian WildTrak generasi baharu.

(BARU) Bantuan Brek Mengundur
WildTrak generasi baru juga hadir dengan Bantuan Brek Mengundur, yang membantu pemandu untuk mengelak atau mengurangkan risiko pertembungan ketika mengundur. Sistem ini boleh mengesan kenderaan yang bergerak, manusia mahupun objek di belakang kenderaan. Sistem ini akan membrek kenderaan jika pemandu tidak bertindak cepat.

BLIS®
Sistem ini seperti memiliki “sepasang mata” yang lain ketika menukar lorong atau masuk ke lebuh raya. Jika kenderaan laju masuk ke zon titik buta Ranger, BLIS akan memberi isyarat kepada pemandu menerusi lampu kecil di cermin pandang sisi, agar mereka tidak menukar lorong pada masa itu.

(BARU) Penggera Lintasan Trafik
Situasi mengundur yang sukar kini lebih menyenangkan dengan sistem Penggera Lintasan Trafik Ford Ranger generasi baru bagi varian WildTrak. Ketika pemandu menukar gear undur, sistem akan diaktifkan dan memberitahu pemandu misalnya jika ada kenderaan lain mendekat dari sebelah sisi, ketika mengundur dari perkarangan rumah dan masuk ke jalan raya, atau keluar dari tempat letak kereta pasar raya yang sibuk.

(BARU) Kawalan Melayar Adaptif (ACC) dengan Stop-and-Go
Kawalan Melayar Adaptif dengan Stop-and-Go adalah ciri baru untuk Ranger WildTrak generasi baharu. Ia membolehkan pemandu menetapkan kelajuan melayar dan kemudian mengekalkan jarak dengan kenderaan di hadapan. Apabila kenderaan di hadapan mengurangkan kelajuan, Ranger akan turut menjadi perlahan dan malah boleh sehingga berhenti; apabila jalan kembali lancar, Ranger akan kembali bergerak berdasarkan kelajuan dan jarak kereta di hadapan yang telah ditetapkan. Dalam situasi yang mengizinkan, ciri pintar ini juga boleh menetapkan kelajuan mengikut had yang tertera di papan tanda jalan.

Previous Post

Perlindungan Tambahan Semasa Dalam Perjalanan Menggunakan Lebuhraya PLUS

Next Post

Perubahan Terbesar Identiti Skoda Sejak 30 Tahun Lalu

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved