Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

CINTA HATI SUFI

Saiful by Saiful
10/04/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Kisah bermula kira-kira 20 tahun yang lalu ketika Sufi baru menamatkan zaman bukunya. Baru nak kenal dunia dan seperti orang lain, antara perkara pertama yang diangankan adalah memiliki sebuah kereta untuk memudahkan pergerakan. Walaupun pilihan yang ada cukup banyak, Sufi lebih cenderung kepada jenama Suzuki selepas teracun dengan Swift milik abangnya ketika itu.

Pejam celik, apa yang diangankan menjadi kenyataan. Sufi akhirnya berjaya membeli sebuah Swift Mk II yang biasa. Disebabkan ia model 4-pintu yang serba standard, maka bermulalah misi mencari enjin dan barangan JDM lain untuk disalin semula. Buat sikit-sikit dan memang itulah yang menimbulkan rasa seronok di kalangan kaki kereta.

Pada masa yang sama, impian untuk memiliki varian Cultus GTi berpintu dua sentiasa melekat dalam sanubari. Tipulah kalau cakap tak berkenan. Dari 20 buah yang pernah dijejak, seorang darinya telah berlembut hati untuk menjual kereta miliknya kepada Sufi. Bukan hari ni tanya esok dapat. Makan tahun jugaklah mujuk. Namun apa yang dibeli bukanlah sebuah model lengkap, tapi berupa rangka dengan sekeping geran halal. Seperti sebelumnya, Swift ini juga perlu dibina semula untuk melayakkan ia bergelar sebuah kereta yang sah.

Tapi langit yang cerah, kekadang hujan jugak. Tak lama lepas siap, ia keceper belanggar tanpa sengaja. Sebab sibuk dengan bidang kaben-kaben yang baru diceburi, proses baik pulih telah tertangguh untuk tempoh yang agak lama. Asyuk sangatlah tuh, sampai lupa ada kereta yang perlu disiapkan. Sehinggalah rakan pomen bernama Jay dari Brunei, menawarkan diri untuk menyiapkan projek tergendala ini.

Ketika tersadai, hanya bahagian luar saja yang sempat disudahkan. Sebahagian ruang dalam agak rentong, manakala enjin pulak tak berapa sehat. Mujur semua komponen yang diperlukan masih lagi ada. Apa pun, ia tetap diusahakan dan berjaya disiapkan dalam masa sebulan!

Seperti yang boleh dilihat, bahagian luar gah dengan kaler kuning yang memanchor-manchor. Ia kekal dengan kit badan Cultus GTi sebelum ditambah rangkaian komponen gentian karbon yang dihasilkan sendiri oleh Sufi. Dah memang itu kerjanya. Ia meliputi bahagian hood, fender, lip, penutup lampu fog, cermin sisi, serta spoiler atas dan tengah.

Sistem gantungan menggabungkan set penyerap hentak Koni dengan spring Suzuki Sport. Kuasa hentian yang sudah memadai terus dikekalkan. Untuk hiasan ruang roda, ia kini dihiasi rim jenama JRD bersama tayar Nexen N7000 dari saiz 195/50R-15.

Belah dalam yang dulunya separa rentong, kini berjaya dilengkapkan semula dengan gaya lebih sempurna. Selain dashboard, stereng Suzuki Sport dan set tempat duduk yang dibalut semula, sebahagian komponen kini menerima komponen gentian karbon yang direka khas untuk kereta ini. Memang takde kat kereta lain der. Antaranya panel dashboard, panel meter, pilar, konsul tengah, tombol gear dan tuas brek tangan. Satu-satunya komponen pemantau yang sedang bertugas adalah unit RSM dari Apexi.

Suatu ketika dulu, kereta ini pernah menggunakan enjin G13B dengan sistem turbo gantung. Projek eksperimental sebenarnya. Kuasa memang ada, cuma agak kurang stabil dan sering berdepan masalah reliabiliti. Sebagai jalan pintas, enjin tersebut telah direhatkan dan diganti dengan enjin simpanan yang masih lagi standard. Nasib tak jual lagi.

Untuk tujuan kemasan, keseluruhan enjin ini perlu dibersih dan dicat semula. Beberapa komponen terpilih, turut mengenakan kemasan gentian karbon seperti penutup ekstraktor, penutup tali sawat dan penutup palam pencucuh. Mana-mana komponen yang kurang perlu juga telah ditanggalkan, sekaligus menyejukkan lagi mata yang memandang.

Sistem penyampaian bahan api menggunakan pam petrol dari Nissan. Ia ditembak oleh set injektor 325cc pada rel bahan api kustom, sambil dilaras menggunakan unit regulator Works Engineering. Kuasa letusan dipacu koil nyalaan MSD dengan kabel pencucuh NGK R09. Manakala aspek talaan, dibantu unit ECU Suzuki Sport dengan cip talaan kustom.

Tanpa disangka, kereta ini telah memenangi kategori enjin terbaik ketika menyertai acara SDO2K18 yang diadakan baru-baru ini. Berbaloi sungguh bila usaha singkat ini, begitu dihargai…

 

Previous Post

CST LANDDRAGON MT-CL18

Next Post

FORM & FUNCTION

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved