Cheng Shin Rubber Industry Co. Ltd. merupakan syarikat tayar kesembilan terbesar dunia yang mengeluarkan jenama CST Tires. Untuk pasaran tempatan, CST Tires kini diedarkan oleh Kian Hon Tyres Sdn Bhd, yang juga pengedar jenama Maxxis Tyres di Malaysia.
Bagi memenuhi keperluan penggiat sukan lasak yang memerlukan tayar lebih radikal, CST Tires ada mengeluarkan siri tayar jenis LandDragon MT-CL18. Diklasifikasikan sebagai tayar teknikal, ia memiliki beberapa ciri penting yang tidak ditawarkan oleh tayar MT biasa.
CST LandDragon MT-CL18 direka dengan bunga yang agresif dan tersendiri. Blok yang mengunjur keluar di bahagian sisi, membantu tayar mendapatkan cengkaman ketika melalui kawasan berlumpur. Selain itu, ia turut memiliki sirip khas di ruang blok sisi, yang berfungsi mengeluarkan lekatan lumpur dengan mudah. Sementara susunan blok di bahagian tengah, membantu prestasi cengkaman pada tahap maksimum.
Keupayaan tayar ini turut diakui pasukan Maxxis 4X4 Club, yang pernah memenangi gelaran juara keseluruhan perlumbaan RFC selama 3 tahun berturut-turut. Mereka juga berperanan membantu CST Tires, menguji kemampuan tayar ini di lapangan sebenar.
Pengenalan tayar ini memberi lebih pilihan kepada penggiat sukan lasak, khususnya kepada mereka yang mahukan tayar teknikal berkualiti tinggi. Lebih menarik, ia kini ditawarkan pada harga lebih rendah berbanding jenama yang sekelas dengannya.
Buat masa ini, CST LandDragon MT-CL18 hanya dikeluarkan dalam jumlah terhad. Terdapat dua saiz yang boleh dipilih iaitu 36×12.5-16 dan 35X10.5-16. Kepada yang berminat, anda boleh membuat tempahan menerusi wakil pengedar CST Tires di seluruh negara.
Kian Hon Tyres Sdn Bhd
2-39, Jalan SU8 (Lion Industrial Park),
Taman Perindustrian Subang Seksyen 22,
40300, Shah Alam, Selangor, Malaysia
Tel: 03-5192 8680
FB: www.facebook.com/csttiresmalaysia/
FB:www.facebook.com/KianHon.my/
Insta: www.instagram.com/csttiresmalaysia/
Website:www.kianhon.com.my/index.html