Sebagaimana pengeluar-pengeluar kereta lain yang sedang bergiat aktif mengeluarkan kereta elektrik penuh, Lamborghini juga sedang berusaha menghasilkan kereta elektrik penuh pertamanya yang dijangka bakal berada di pasaran pada tahun 2028. Lamborghini akan menambah 4 model untuk membantu syarikat mencapai sasaran memotong pengeluaran karbon sebanyak 80%.
Baru-baru ini, semasa penampilan pertama Revuelto 2024, Presiden Lamborghini bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Stephan Winkelmann berkata bahawa keempat-empat model ini akan menutup ‘blind spot’ syarikat ini. Selain itu, mereka juga berkata ciri-ciri kereta ini tidak menampilkan ketahanan tinggi untuk jalan lasak sekali gus menyangkal khabar angin EV pertama mereka merupakan crossover.
Namun begitu, pengeluar masih belum bersedia untuk membincangkan rekaan yang lebih spesifik tetapi kereta ini bakal ‘meminjam’ ciri-ciri Revuelto. Elemen rekaan motif Y menjadi tanda untuk Lamborghini kini. Namun, kereta elektrik EV ini dijangka tidak mampu mencabar Revuelto atau Huracan seperti yang dinyatakan pengeluar sendiri. Teknologi EV mereka masih belum mampu mengatasi supercar dari segi prestasi.
Sumber : Motor1 , Lamborghini