Setelah lebih setahun sejak BMW dikatakan terlupa melindungi badge terbaharu M5 CS dan lebih dua tahun sejak varian hardcore pertama dilihat sedang menjalani ujian di Nurburgring. Pelbagai khabar angin berkaitan BMW M5 CS 2022 ini, akhirnya Bavarian bersedia untuk berkongsi sedikit informasi termasuk tarikh untuk mendedahkan model ini. Malah, CEO BMW, Markus Flasch membuat kemunculan di Instagram story yang menunjukkan M5 CS dan memberikan beberapa informasi tentang kereta ini.
Menerusi video Instagram story itu, beliau ada mengatakan kereta ini akan didedahkan kepada umum pada bulan Januari (bulan ini). Jadi, para peminat pastinya sangat teruja mendengar khabar terus dari orang kuat BMW, kan? Beliau turut berkongsi beberapa informasi penting termasuk menggunakan 635hp, kerusi bucket karbon dari M3 dan M4. Paling penting, ia adalah kereta 4 kerusi.
Sebagai rujukan, M5 Competition menghasilkan 617hp dari enjin twin-turbo V8 4.4 liter dan 635hp sekaligus menafikan khabar angin yang mengandaikan ianya output 625hp. Walaupun tak banyak yang ditunjukkan dalam video, tetapi ia sudah cukup bagi mengesahkan kedatangan kereta ini pada bila-bila masa dalam bulan Januari ini.
Sumber : Carbuzz