Jika anda mengikuti rapat perkembangan Ferrari, pastinya anda sudah tahu sejak kebelakangan ini berita tentang Ferrari Purosangue kerap diperkatakan. Baru-baru ini, beberapa jurugambar berjaya merakam Purosangue sedang menjalani ujian di Maranello dengan memakai badan Maserati Levante. Malah, khabar angin mengatakan kereta ini dikuasakan oleh hanya gas, hybrid dan elektrik sepenuhnya.
Namun begitu, sehingga hari ini, ia masih lagi rahsia sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi bagaimana penampilan atau wajah sebenarnya Purosangue ini. Mungkin versi render baharu ini boleh membantu. Seperti yang dapat dilihat menerusi gambar oleh Kdesign ini, menunjukan ia tampil lebih moden, kenderaan crossover utiliti yang anggun dengan wajah Ferrari yang agak agresif, diikuti spoiler belakang ducktail yang sangat sporty.
Secara keseluruhannya, ia kelihatan mirip dengan Maserati Levante, walaupun masih belum jelas samada ia benar-benar Purosangue. Levante menggunakan platform yang sama dengan Jeep Grand Cherokee tetapi pastinya tidak untuk Ferrari ini. Selain itu, Ferrari Purosangue juga dilaporkan bakal didedahkan sebelum dilancarkan pada tahun hadapan.
Sumber : Carbuzz