Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

BLUCY RACY

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
15/03/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

Memang banyak model lain. Tapi dalam barisan keluarga Perodua, armada Myvi disifatkan sebagai kereta yang paling popular dan berjaya. Walaupun jualannya dah cecah sejuta unit, permintaan yang diterima tetap menggalakkan, biarpun cuba dicabar pengeluar jenama lain.

Resepi kejayaannya terletak pada platform binaan yang mampu menawarkan sebuah kereta yang sangat luas lagi praktikal. Perkongsian teknologi dengan model keluaran Daihatsu dan Toyota juga membantu menambah keyakinan ramai. Bukan saja kepada pemilik kebanyakan, tapi juga kepada penggiat modifikasi JDM seperti Mat.

Kereta ini adalah contoh tipikal, bagaimana sebuah Myvi boleh dianjak ke fasa yang lebih menarik. Bukan kata takde cara lain. Yang bikin sampai nampak boleh terbang pun banyak. Cuma salinan kepada model JDM seperti ini, masih mendapat tempat dan menjadi ikutan sejak dulu lagi.

Untuk luaran, terdapat beberapa pilihan kit badan yang boleh digunakan. Namun kit dari model Passo Racy ini, tetap menjadi taruhan utama. Mujur sekarang dah murah cikit. Kalau dulu punya rega, boleh gugur jantung dibuatnya. Sebagai penyeri, beberapa komponen yang digunakan, datang dengan kemasan karbon fiber seperti vent dan panel tengah pada bumper depan, cermin sisi, serta lid pada boot belakang. Yang tersembul keluar pada hood depan tu adalah skup udara Boon X4, yang akan membantu proses sejukan di bahagian enjin.

Sektor pengendalian disumbangkan oleh set suspensi Mines. Kekuatan sudut hentian pulak dibantu komponen brek milik Daihatsu YRV untuk depan. Keserian ruang roda kemudian, diisi set rim Volk Racing TE37 berukuran 15-inci berserta tayar Bridgestone Potenza dari saiz 195/55R-15.

Enjin asal yang acah laju, kini dilajukan lagi dengan penempatan enjin K3VET dari Daihatsu YRV. Ni pun pilihan popular jugak. Buat masa ini, tak banyak yang boleh disembang kecuali penggunaan penapis udara Blitz, serta injap pelepas HKS SSQV. Akhir sekali, binaan semula sistem ekzos menggunakan paip kustom 2-inci dengan muffler kontot Lucky Star di hujungnya.

Di bahagian dalam, perubahan yang dibuat melibatkan salinan komponen asal dengan perkakasan milik Passo 07. Bermula dengan papan pemuka, panel pintu serta set pilar sebagai rencah utama. Memandangkan enjin barunya datang dengan tuas jenis kolum, bahagian tempat duduknya kini digantikan dengan kerusi jenis bench yang lebih luas. Kemudian ada stereng Momo tiptronik, trim dashboard karbon fiber, juga cermin belakang Tiffana. Bersama komponen ini adalah sistem audio Pioneer dan Carrozzeria, terdiri daripada pemain utama, rangkaian speaker, tweeter, juga woofer di ruang boot.

Salinan JDM seperti ini, nampaknya masih menjadi sandaran kepada penggiat modifikasi Myvi. Yang lama mungkin dah cuci tangan. Namun kesinambungan trend ubahsuai ini, masih diteruskan generasi baru dengan cara yang sama…

SPESIFIKASI

    • Pemilik – Muhamad Abdillah
    • Pengeluar – Perodua
    • Model – Myvi
    • Tahun – 2005
    • Enjin asal – K3-VE
    • Modifikasi Enjin – K3-VET Daihatsu YRV, penapis udara Blitz, injap pelepas HKS SSQV
    • Transmisi – Tiptronik
    • Ekzos – Paip kustom 2-inci & muffler Lucky Star
    • Luaran – Kit badan Passo Racy, vent, panel tengah bumper, cermin sisi & lid boot belakang karbon fiber, skup Daihatsu Boon X4,
    • Suspensi – Mines
    • Brek – Daihatsu YRV (depan)
    • Rim & Tayar – Volk Racing TE37 15-inci & Bridgestone Potenza RE003 195/55R-15
    • Dalaman – Papan pemuka, panel pintu, tempat duduk & set pilar Passo 07, stereng Momo tiptronik, trim dashboard karbon fiber, cermin belakang Tiffana, sistem audio Pioneer & Carrozzeria, meter suhu, boost & pemasa enjin Apexi
    • Bengkel – Zahar Motorsport & Jai Jalal Auto

Previous Post

T-REX

Next Post

SUPERSTAR

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved