Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) berbesar hati mengumumkan bahawa ia telah meningkatkan program Das WeltAuto dalam usaha memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan yang ingin membeli kereta terpakai Volkswagen. Pertamanya, laman web telah ditambah baik dengan susun atur yang lebih minimalis.
Manakala antara mukanya diubah suai untuk meningkatkan pengalaman pengguna. Pelbagai ciri baharu juga telah diperkenalkan untuk memberi lebih banyak kemudahan. Aspek yang paling ketara ialah para pemilik boleh menjual kereta Volkswagen masing-masing kepada pengedar sah menerusi fungsi ‘Sell Your Car’. Ciri ini nyata melengkapkan ekosistem Das WeltAuto yang kini menyediakan aspek pembelian dan jualan kereta Volkswagen terpakai yang diperakui di dalam satu platform.
Proses ‘Sell Your Car’ adalah mudah dan ringkas kerana pemilik hanya perlu menghantar perincian kereta menerusi laman web. Kemudian, pengedar akan menguruskan pemeriksaan percuma sama ada di rumah atau di lokasi sebelum tawaran yang kompetitif dibuat. Tawaran sokongan penukaran yang menarik juga ada disediakan apabila pelanggan menjual kereta terpakai mereka dan ingin membeli model terkini Volkswagen.
Satu lagi ciri menarik ialah bahagian ‘Nearly New Cars’ yang menyenaraikan kereta-kereta dengan perbatuan kurang 12,000km dan tarikh pendaftaran dalam tempoh setahun.