­
Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

BELALANG TEMPUR

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
26/03/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

Mengikut pengamatan Nujum Pak Cengkerik, kereta ini bukanlah sebuah jentera drag yang benar-benar serius. Ia masih sebuah kereta jalanan, yang kemudiannya dilajukan untuk menggeletek naluri kelajuan. Kira menarik jugaklah, taklah nampak rompong sangat.

Tinggal nun jauh di utara tanah air, Fikri mula membina kereta ini sejak beberapa tahun lalu. Sekadar cuba-cuba katanya dan ia diasaskan dari sebuah Kancil Lompat yang lahir pada tahun 1995. Memandangkan kebanyakan model Kancil boleh berkongsi komponen dengan varian yang lain, maka ia telah diremajakan semula menggunakan kit badan Kancil Belalang yang lebih segar.

Kisahnya tak terhenti di situ. Kebanyakan komponen yang digunakan telah dihantar untuk proses saduran karbon. Ia meliputi keseluruhan fender, hood, bumper dan lip di bahagian depan, termasuk skirt sisi dan keempat-empat pintunya. Kemudian ada cermin sisi dan spoiler Mira L500, serta aksesori krom yang lain. Jangan terkejut, ia turut memiliki sepasang sunroof yang telah diubahsuai di bahagian bumbungnya. Berat tuh…

Bahagian roda menempatkan rim Volk Racing CE28 dengan set tayar Accelera bersaiz 195/50R-15. Sistem gantungan pula menggunakan set suspensi boleh laras dari Mines. Sementara kuasa hentian, datang dari brek cakera Mira L500 di bahagian depan.

Suatu ketika dulu, enjin turbo 3 silinder keluaran Daihatsu lebih mendapat tempat kepada mereka yang pentingkan kelajuan. Ia dikatakan lebih keras dan mampu diubahsuai pada tahap maksimum. Itu cerita dulu. Sekarang resepi baru dan makin banyak dan enjin 4 silinder seperti JB-JL ini juga boleh dihambat untuk tujuan yang sama.

Kurang pasti apa yang dilakukan Fikri ke atas enjin ini. Seperti ada rahsia yang ingin disembunyikan. Peningkatan paling nyata terletak di bahagian sistem pendesak, yang kini diterajui kit turbo TD04L pada manifold turbo ADM Speed. Tugas sejukan dibantu kit intercooler rekaan kustom, manakala tekanan pada perumah turbo diredakan oleh wastegate dari Tial.

Desakan boost dibawa ke manifold kemasukan kustom. Jumlah boost yang tidak digunakan, akan dirembes keluar menerusi injap pelepas GReddy Type RZ. Penyampaian bahan api pula dibuat menggunakan pam petrol AVS sambil dilaras regulator Sard. Ia seterusnya diletuskan oleh kit koil K20A dengan unit ECU Link G4 Atom sebagai badan pengurusan.

Bahagian dalam menjelaskan apa yang dimaksudkan. Mana ada rentung macam jentera drag kebanyakan, tapi lebih kepada sebuah kereta jalanan yang lengkap. Menggunakan salinan komponen Mira L500, ia turut disertakan dengan jajan-jajan rare kepada masyarakat Kancil seperti panel dashboard walnut, burger kandang, laci sikat, meter merah dan lain-lain.

Rangkaian komponen aksesori juga berderet-deret. Ada sepasang tempat duduk aloi jenama Kirkey, stereng Vertex, hub stereng titanium, cermin belakang Zoom, pemasa enjin GReddy, paparan Defi ZD, serta meter Defi dengan perumah titanium. Tidak ketinggalan pemasangan bar pengukuh casis Iron Bar pada pilar C.

Walaupun tak rentung mana, kereta ini pernah mencapai beberapa kejayaan yang boleh dibanggakan. Antaranya tempat keempat kategori 1300cc Pro Street di MUSC Langkawi 2016, tempat kedua kategori 1500 Turbo Open di Drag Day Songkhla 2017, juga tempat pertama kategori 660cc Open di Midnight Only Hatyai 2018. Tahniah!

SPESIFIKASI

      • Pemilik – Ahmad Fikri Bin Ahmad Rusli
      • Pengeluar – Perodua
      • Model – Kancil
      • Tahun – 1995
      • Enjin asal – EF-CL 660cc
      • Modifikasi Enjin -JB-JL 660cc, turbo TD04L, manifold turbo ADM Speed, kit intercooler kustom, wastegate Tial, manifold kemasukan kustom, injap pelepas GReddy Type RZ, pam petrol AVS, regulator Sard, koil K20A, ECU Link G4 Atom
      • Transmisi – Manual
      • Ekzos – Paip ekzos kustom, muffler titanium Bangmod Racing
      • Luaran – Kit badan Kancil Belalang, fender, hood, bumper, lip, skirt sisi & pintu saduran karbon, cermin sisi & spoiler Mira L500, aksesori berkrom, set sunroof kustom
      • Suspensi – Mines
      • Brek – Mira L500 (depan)
      • Rim & Tayar – Volk Racing CE28 15-inci & Accelera 195/50R-15
      • Dalaman – Salinan komponen & aksesori Mira L500, tempat duduk aloi Kirkey, stereng Vertex, hub stereng titanium, cermin belakang Zoom, pemasa enjin GReddy, Defi ZD, meter Defi, bar pilar Iron Bar
      • Bengkel – Sailo Garage Jitra & KJ Modify Thailand

Previous Post

ACAPUL RACING

Next Post

X FACTOR

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved