Bakal kembali menggegarkan Malaysia, International Automodified Kuala Lumpur (IAMKL) dan Malaysia International Motor Expo (MIME) dijadualkan bertemu para peminat kereta modifikasi dan kereta elektrik bermula dari 27 hingga 29 Oktober ini.
Acara yang mengetengahkan barisan kereta modifikasi serta produk-produk terbaharu dari jenama pengeluar terkenal ini disokong penuh oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii). Lebih menarik lagi, acara ini menampilkan tiga genre automotif yang berlainan di bawah satu program yang sama.
Tiga genre yang dimaksudkan ialah;
– Kereta baharu pelbagai jenama
– Kereta elektrik berinovasi terkini
– Kereta modifikasi berat sebanyak lebih 300 unit
Bagi makluman, sebelum mendarat di Malaysia, IAM terlebih dahulu memulakan jelajahnya di Singapura yang dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 22 Oktober. Selepas Malaysia, IAM akan dibawakan pula negara jiran tetangga iaitu Indonesia dan juga Thailand, Seterusnya akan dianjurkan buat pertama kali di Amerika Syarikat pada tahun 2024.
Jika anda bercadang untuk mengunjungi acara ini, jangan lupa untuk menyaksikan pameran sebuah EV Tesla yang diubahsuai oleh Exotic Mods Sdn Bhd Tesla. Sudah pasti ramai peminat yang mahu melihat dengan lebih dekat EV Tesla yang telah dimodifikasi.
Bukan itu sahaja, IAM KL ini juga bakal dimeriahkan lagi dengan kereta-kereta eksotik dari salah satu pengumpup persendirian hypercar dan kereta ikonik terbesar di Malaysia iaitu JPM Museo. Selain itu, IAM KL juga bakal menampilkan perlumbaan simulasi, pameran RC, festival muzik dan menyediakan pelbagai hadiah untuk para pengunjung yang memeriahkan tapak acara.
* Kepada yang berminat, anda boleh membeli tiket pada harga diskaun RM17 sehari dan tawaran ini berakhir pada 31 Ogos yang boleh dibeli di laman web Malaysia Motor Expo. Anda juga boleh walk-in untuk membeli tiket pada harga RM30. Kanak-kanak dengan pengawasan seorang dewasa pula tidak dikenakan bayaran dan masuk percuma!