Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur yang bakal berlangsung dari 9 hingga 11 Jun di Pusat Perdagangan & Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) tidak hanya akan mempamerkan kereta-kereta pengubahsuaian import terkemuka dari Jepun tetapi juga menjadi tuan rumah pelancaran pertama Pandem GR Yaris di Malaysia.
Pandem GR Yaris ini merupakan salah satu daripada 14 pameran tempatan yang ditampilkan oleh RS Auto Accessories Malaysia. Bagi makluman, Pandem GR Yaris ini menampilkan body-kit memukau serta menambahkan ketinggian kereta tersebut sebanyak 200mm di bahagian hadapan dan belakang. Kit ini merangkumi lip hadapan, diffuser hadapan, canard sisi, arch depan dan belakang, spoiler belakang dan bumper duct belakang. Kereta ini tampil lebih menonjol dengan menggunakan set roda Rays 21C berukuran 18 inci dengan offset negatif dan dibalut dengan tayar RE 71RS Bridgestone Potenza untuk pemanduan dan prestasi yang lebih bersemangat.
Selain itu, ia juga dilengkapi dengan kit turbo GT Auto, ecu MOTEC, venture intake dan sistem ekzos kustom yang menyaksikan Pandem GR Yaris ini menghasilkan sekitar 320bhp dengan kemampuan untuk mencapai 500bhp. Bukan itu sahaja, ia juga dipasangkan dengan roll cage penuh GR.
Menurut Pengarah RS Auto Accessories, En. Alan Yeoh berkata bahawa para pelanggan kereta ini mahukan sesuatu yang menonjol dan membuatkan Yaris lebih dikenali.
Bagi makluman, RS Auto Accessories yang berlokasi di Butterworth di Pulau Pinang merupakan pakar dalam penalaan dan juga body kit untuk kereta keluaran Jepun serta Continental. Selain itu, RS Auto Accessories juga bertindak sebagai pengedar untuk Varis, Boost Logic dan Brabus serta beberapa jenama terkenal lain sejak tahun 2009.
Selain Pandem GR Yaris, RS Auto Accessories juga bakal mempamerkan sebanyak 14 buah kereta di Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur. Antaranya Top Secret (versi 2) carbon wide body Nissan GTR dan GTR yang dilengkapi jenama Varis, APR juga NISMO.
Tidak ketinggalan, sebuah FK8 Civic Type R, dua lagi model GR Yaris HKS dan Varis, sebuah BMW M4 ADRO dan sebuah Varis Mitsubishi Evolution 9 MR. Kalau anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh kunjungi Facebook mereka di sini https://m.facebook.com/rsautoacc/ atau Instagram di https://instagram.com/rsautoacc?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==.