Versi produksi hypercar hybrid dari Silk-FAW, Hongqi S9 dijangka bakal didedahkan di Milan Design Week pada bulan hadapan. Kereta keluaran Sino-American ini sangat agresif dengan kedudukannya dan menyasarkan beberapa jenama terkenal seperti Ferrari dan Lamborghini.
Jika itu masih belum mencukupi, Silk-FAW telah melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari iaitu Amedeo Felisa sebagai penasihat khas kepada pengerusi eksekutif dan ahli-ahli lembaga penasihat kanan. Selain itu, turut dilantik adalah bekas eksekutif Ferrari, Alfa Romeo dan BMW, Roberto Fedeli sebagai ketua pegawai teknologi yang terbaharu. Jelas sekali bahawa Silk-FAW menyasarkan terhadap pengalaman mereka bersama prestasi dan jenama mewah Itali itu.
Hypercar Hongqi S9 ini adalah kereta pertama Silk-FAW yang digayakan oleh Walter De Silva, satu lagi nama berpengaruh dalam industri automotif yang telah mencipta pelbagai kereta seperti Lamborghini Egoista, dan Alfa Romeo 156.
Pada April, Hypercar Hongqi telah dipertontonkan di hadapan pengunjung Shanghai Auto Show 2021. Hongqi S9 mencapai 0-62 (0–100 km/j) mph hanya dalam masa 1.9 saat. Dari sini, ia akan meningkat sehingga 249 mph (400 km/j). Ia menampilkan 1,400 hp hybrid driveline yang dipadankan bersama enjin turbo V8 dengan tiga motor elektrik.
Sebagaimana yang dikatakan awal tadi, S9 ini dibina untuk menyaingi Ferrari, Lamborghini dan Pagani. Menurut laporan Automotive News, ianya bakal dijual pada harga bermula dari $1.8juta(RM7,627,350.50). Hanya 99 bakal dihasilkan menjadikan ia eksklusif.
Sumber : Carscoops