Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Bahagian Dalaman Dan Sistem Bantu Pandu Yang Dipertingkatkan

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
07/08/2021
in BULETIN, UTAMA


Range Rover Velar 2.0L R-Dynamic 2021 diberi nafas baharu dengan rekaan dalaman yang dipertingkatkan, penambahbaikan terhadap Sistem Bantu Pandu, Pivi-Pro – sistem infotainmen intuitif serba baharu serta pelbagai ciri lain termasuk Suspensi Udara Elektronik.

Penambahbaikan bahagian dalaman Velar diinspirasikan daripada industri serupa seperti rekaan dalaman, fesyen dan barangan elektronik bagi memberikan ruang dalaman baharu ini satu peningkatan yang ketara. Perubahan yang dapat dilihat termasuk togol penganjak dan reka bentuk stereng baharu dengan butang pintar dan ciri pengesan roda yang praktikal. Ia juga dilengkapi dengan pelbagai ciri inovatif yang meningkatkan kepuasan kepada sesiapa yang berada di dalamnnya, termasuk lampu kabin, skrin sentuh dwi 10-inci, Skrin Paparan Pemandu Interaktif 12.3-inci, Papar Pandu berwarna dan banyak lagi.

Sistem Bantu Pandu telah ditambah baik dengan Kamera Keliling 3D yang memberikan pandangan 3-dimensi sekeliling Velar yang menjadikan pengemudian merentasi pelbagai permukaan menjadi lebih mudah – memaparkan beberapa pandangan serentak termasuk pandangan perspektif 3D dari bahagian atas dan ClearSight Ground View.

Diinspirasi daripada peranti mudah alih terbaharu, Pivi Pro, sistem infotainmen serba baharu Jaguar Land Rover disuai khusus untuk memaparkan informasi yang relevan kepada pemandu dan boleh diakses terus dengan hanya satu atau dua sentuhan. Ketersambungan untuk dua telefon mudah alih boleh dinikmati serentak tanpa perlu menukar sambungan.

Satu lagi ciri hebat yang terdapat pada Velar adalah sistem Active Road Noise Cancellation (ARNC). Ia didatangkan bersama Sistem Bunyi Meridian yang berfungsi seperti fon kepala pembatal bunyi untuk memberikan suasana kabin yang lebih senyap dan mewah.

Suspensi Udara Eletronik dengan akses pelarasan ketinggian automatik merupakan satu lagi pembaharuan yang ada pada Range Rover Velar 2021. Ia dapat melaras ketinggian Velar dengan cepat membolehkan keempat-empat roda di atas tanah, walaupun di atas permukaan tidak rata. Memasuki atau meletakkan barang ke dalam Velar juga menjadi mudah. Ketinggian Velar boleh diubah suai +/- 50mm untuk disesuaikan mengikut keperluan dengan menggunakan skrin sentuh, kunci kawalan jauh atau butang kawalan yang ada di bahagian ruang beban.

Tambahan pula, fungsi penurunan ketingggian yang merupakan ciri suspensi udara ini mengurangkan ketinggian kenderaan sebanyak 10mm untuk meningkatkan aerodinamik kenderaan dan kecekapan bahan api apabila dipandu melebihi 105km/j.

Wade Sensing, ciri unik untuk model Land Rover kini terdapat pada Range Rover Velar 2021. Sistem ini menggunakan sensor ultrasonik di bahagian cermin luar untuk memaparkan melalui skrin sentuh dan memberi bunyi amaran kepada pemandu sekiranya air hampir mencecah paras kedalaman randukan air kenderaan.

Mengekalkan tren kuasa setinggi P250, Velar menghasilkan tenaga 249 PS dan daya kilas maksimun setinggi 365Nm, antara 1,300rpm dan 4,500rpm. Prestasi luar biasa dan kecekapan terhasil daripada tren kuasa Ingenium yang dipadankan dengan transmisi automatik smooth-shifting ZF lapan-kelajuan dengan pacuan all-wheel Intelligent Driveline Dynamics.

Range Rover Velar 2.0L R-Dynamic 2021 kini berada di pasaran dengan harga bermula dari RM612,207.74 (harga termasuk pengecualian 50% Cukai Jualan Penjana, tidak termasuk Cukai Jalan, Pendaftaran dan Insurans). Pelanggan boleh mendapat maklumat lanjut atau membuat tempahan melalui perunding jualan kami di talian berikut :

Sime Darby Auto Connexion Ara Damansara – (Jualan) 03-76512000 (Selepas Jualan) 03-76512003
SISMA Auto Kuala Lumpur – (Jualan & Selepas Jualan) 03-55693311
SISMA Utara Pulau Pinang – (Jualan) 04-2262279, (Selepas Jualan) 04-2881155

Kesemua kenderaan Land Rover didatangkan dengan program Land Rover Care meliputi waranti lima tahun, servis percuma lima tahun dan bantuan sisi jalan raya selama tiga tahun . Sila layari www.landrover.com.my untuk maklumat lanjut.

Previous Post

Tiga Varian Baharu Dengan Ciri-Ciri Terkini, Lebih Mudah Dan Selesa

Next Post

Bersempena Sebuah Bandar Roman, Ia Hanya Untuk Pasaran UK

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved