Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Kustom Kulture kembali untuk sambutan ulang tahun yang ke-10

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
20/06/2022
in BULETIN, UTAMA

Art of Speed, acara tempatan Malaysia yang terkenal dengan Kustom & Counter Culture kembali dengan acara tahunannya yang kesepuluh tahun ini, selepas dua tahun menyepi dek penangan pandemik Covid19. Acara ini bakal kembali dengan motosikal kustom, kenderaan radikal, pameran restorasi seni dan budaya kustom.

Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS), akan menjadi tapak acara Art of Speed 2022 (AOS 2022) yang bakal diadakan pada 2 dan 3 Julai 2022. Acara ini dijadualkan bermula dari pukul 10:30 pagi sehingga 8:00 malam. Art of Speed Malaysia (AOSM) disokong oleh Tourism Malaysia di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Pelan Pemulihan Pelancongan 2022 yang telah dilancarkan YB Dato’ Sri Hajjah Nancy Shukri dengan slogan ‘Cuti-cuti Malaysia 2022’ dalam usaha meningkatkan pelancongan domestik.

AOS 2022 bakal disertai tetamu dari luar negara dari komuniti kustom dan juga media antarabangsa. Antaranya seperti:

1. Emi Suganuma, “Sunny” Yano & Michi “NATQQ” dari MOONEYES; Jepun
2. Scott Johnson dari Mama Tried Motorcycle Show; Amerika Syarikat
3. Warren Heir Jr. dari Flat Out Friday; Amerika Syarikat
4. Yaniv Evans dari Powerplant Motorcycles; Amerika Syarikat
5. Artis Chopper dan Kustom; Russell Murchie “MOW” dari Australia
6. Dino Dalle Carbonare dari Speedhunters.com; Jepun
7. Yasuo Sekijima dan Satoru Ise dari Vibes Magazine; Jepun
8. Artis pinstripe Mil dari Millart, Irvine Jasta dan Fahmi Freeflow; Indonesia
9. Aekalak Kitdusitpong pembuat model skala diecast dari AKARA; Thailand

Apa yang menarik bakal berlangsung pada AOS 2022 ini nanti?
1-Art of Speed Invitational Bike Build Off 2022

Tujuh pembina khas bersaing untuk merebut hadiah wang tunai RM10,000 (pemilihan juri) & wang tunai RM5,000.00 (pilihan awam). Pembina khas yang bersaing ialah:
Skatecture dari Sarawak; pembina khas adalah Mohammad Nasir bin Morni
Chaos Kustom dari Sarawak; pembina khas adalah Azizan Abdul Rahim
Acid Welding dari Johor; pembina khas adalah Abd Rasid Ismail
Jewa Lukha dari Pulau Pinang; pembina khas adalah Farhan Uzair Sabri
Motorburuk Garage dari Pulau Pinang; pembina khas adalah Mohd Aidzam
RGF dari Perlis; pembina khas adalah Fazrul Izham bin Azizan
Zuhal Fast Custom dari Johor; pembina khas adalah Abdul Halim Jamaludin

2-Jelajah Hot Wheels Legends
Bakal dilancarkan pada 18 Jun 2022 di Publika dengan pameran hebat yang menampilkan Monster Truck Bone Shaker bersaiz sebenar di tapak acara AOS 2022. Peserta tahun ini terdiri daripada pembina khas dan pengubahsuai kereta dari rantau Asia Pasifik dan Malaysia – pemenang pastinya bakal teruja apabila mengetahui kereta sebenar mereka akan ditransformasi menjadi salah satu model unik untuk kereta diecast Hot Wheels.

Pendaftaran untuk Jelajah Hot Wheels Legends akan tersedia dalam talian pada 18 Jun 2022 serta di tapak acara AOS 2022. Pengunjung yang sudah lama mengimpikan pengalaman Hot Wheels yang istimewa ini akan dapat memandu dan mengambil gambar profesional dengan kereta mereka dengan latar belakang blister Hot Wheels saiz sebenar. Pengalaman unik ini adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat dan pengunjung boleh memuat turun salinan foto daripada media sosial kami selepas tamat acara tersebut.

Terdapat juga hadiah dengan pembelian iaitu gift with purchase (GWP) kereta edisi terhad Hot Wheels Nissan Skyline GT-R (R32) AS serta 200 poster Hot Wheels yang ditandatangani oleh pereka Hot Wheels.

3-NEAT Fest
Diadakan dengan kerjasama NoEqual.co, menampilkan paparan kolektif kenderaan yang terpilih dari seluruh Malaysia dengan nama “Garage Life”.

4-Hail Vintage
Pameran pakaian kerja vintaj dan 32 vendor terpilih – peningkatan dua kali ganda daripada tahun 2019. Turut serta dalam Hail Vintage tahun ini dalah Jubilee Antique Café yang akan menampilkan citarasa makanan kopitiam Kelantan yang istimewa.

5-Off The Grid
Gaya hidup perkhemahan, konsep baharu dalam “outdoor lifestyle” yang akan diadakan di dalam dewan dengan keselesaan berhawa dingin dan banyak aktiviti telah dirancang untuk dinikmati semua pengunjung yang akan membawa seisi keluarga.

6-Kustom & Koffee Talk Bersama NoEqual.co
Segmen wawancara yang menampilkan Qhalis Najmi, dijadualkan berlangsung di dalam Dewan A pada pukul 3.30 petang pada hari Sabtu bersama-sama panel dari luar negara seperti Scott Johnson dari Mama Tried Motorcycle Show dan Warren Heir Jr. dari Flat Out Friday. Forum ini akan membincangkan topik-topik terkini di dalam industri permotoran.

Lain-lain aktiviti di AOS 2022 termasuk:
Roda Rumble 2022 – Perhimpunan Dua Roda & Festival disokong oleh Retro Mania
La Cultura – Perhimpuanan Penghargaan Budaya Chicano yang pertama di Malaysia
Tapak Makanan yang akan menampilkan Lori Makanan, Bazar Jualan kini dengan tapak terlindung di tingkat paling bawah di Dewan D
Pasar Lambak Vintaj
Perhimpunan Pemilik Kereta Alfa Romeo
Hot Wheels Club Malaysia (HWCM) Convention (Dewan D)
Bazar fesyen moden Streetware Con (Dewan D)
Demo dan paparan Mini Crawlers RC
Perasmian produk di atas pentas
Zon Pandu Uji untuk motorsikal (Ducati, Royal Enfield, Vespa, Aprilia dan Harley-Davidson)

Turut kembali untuk AOS 2022 adalah Festival Sound Circus yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat hiburan tanah air. Barisan artis Festival Sound Circus* akan menampilkan Hujan sebagai persembahan utama dengan band-band lain seperti Sekumpulan Orang Gila, SweetAss, Iqbal M., Balok People dan ramai lagi. Namun, Festival Sound Circus yang diadakan pada hari Sabtu ini adalah untuk pengunjung berumur 18 tahun dan ke atas SAHAJA!

Bagi menutup acara AOS 2022 yang dijadualkan pada hari Ahad, segmen cabutan bertuah diadakan untuk bukan seorang, tetapi untuk DUA pemenang bertuah. Dua pemenang bertuah ini akan pulang dengan SATU (1) unit Skuter Vespa Klasik EV yang telah direstorasi oleh Kluk Klek Soul dan pengubahsuaian EV oleh Elders Elettrico, dan seorang lagi pelanggan Hausboom di tapak acara yang bertuah akan memenangi sebuah Vespa Klasik EV yang diubah suai khas oleh Hausboom.

AOS 2022 akan memperkenalkan tiket Speed Lane, yang dibuka satu jam lebih awal pada pukul 9.30 pagi berharga RM55 sah untuk dua hari. Pengunjung boleh menikmati satu jam tambahan di dalam dewan utama dan juga Dewan C dan D. Tiket hujung minggu biasa (tanpa konsert Sound Circus) berharga hanya RM35 sahaja. Kanak-kanak di bawah 12 tahun masuk secara PERCUMA. Pemegang Pas OKU juga akan menikmati kemasukan percuma. Tiket Festival Sound Circus (outdoor) telah habis dijual, tetapi tiket kombo Festival Sound Circus + Tiket Hujung Minggu masih lagi dijual di dalam talian.Tiket dalam talian boleh didapati di : Aos2022.qtic.my

“Sejak penubuhannya, Art of Speed Malaysia (AOSM) telah berjaya mengetengahkan entiti AOSM sebagai perhimpunan bukan sahaja untuk peminat motosikal dan kereta, tetapi juga pengamal seni, pemuzik, pengumpul vintaj serta hobi dan seumpamanya. Dalam masa yang sama ia akan mengelolakan acara tahunan kemuncak yang berskala besar seperti acara tahunan ini,” kata En. Asep Ahmad Iskandar, Pengarah Festival, Art of Speed Malaysia (AOSM).

“Untuk acara tahun ini, AOSM akan meraikan ulang tahunnya yang ke-10 dan dengan itu, akan menyemarakkan semangat pengunjung setia dengan acara yang ditunggu-tunggu iaitu Festival Sound Circus!”

Pada tahun ini, jenama NASTY iaitu pengeluar produk Global ENDS turut bersama sebagai penaja utamanya. “Kami merupakan peminat tegar AOSM sejak dari mula dan apabila dipelawa untuk bekerjasama bagi meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya, ia merupakan sebuah penghargaan besar yang tidak harus kami dipersiakan,” jelas Encik Shariffudin Bujang, selaku Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif NASTY.

Maklumat lebih lanjut mengenai acara ini boleh dilayari di www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY/

Previous Post

Dilengkapi Pelbagai Standard Baharu

Next Post

Honda Jazz GK5, Tak Bagi Peluang!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved