Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

200 Jam Diperlukan Pekerja Bugatti Untuk Pengecatan Kali Pertama ‘Menyentuh’ Chiron

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
19/03/2023
in BULETIN, UTAMA

Di kala industri jentera moden obses dengan kepantasan untuk mengeluarkan sebanyak mana produk dalam masa sehari demi berada di hadapan, ia tidak sedikit pun menggugat Bugatti. Bagi memastikan kemasan pengecatan yang hampir sempurna seiring dengan statusnya sebagai supercar paling mahal, pengeluar menghabiskan masa selama 600-700 jam untuk sebuah kereta semata-semata memenuhi kehendak para penggunanya.

Kerja-kerja pengecatan kereta sport hyper Bugatti bukan sahaja memerlukan kerja pakar tetapi juga dedikasi serta cita-cita yang tinggi untuk memenuhi standard berkualiti tinggi yang ditetapkan jenama itu. Saban minggu, setiap unit kereta.

Menurut Pakar Pengecatan dan Kerangka Bugatti, Simon Vetterling berkata, sebelum lapisan pertama prima dilayangkan, pakar Bugatti akan memeriksa setiap panel untuk sebarang ‘kecacatan’ yang tidak diingini. Tiada guna mencapai kemasan cat sempurna sekiranya kanvas yang digunakan cacat. Justeru itu, pakar akan memeriksa walau sekecil-kecil kecacatan sebelum menerusikan ke peringkat seterusnya.

Selepas berpuas hati dengan keadaan panel yang tiada kecacatan, barulah lapisan seterusnya dicatkan di atas lapisan prima tadi sebelum diperhalusi untuk permukaan licin yang bertujuan untuk mengelakkan gumpalan atau kotoran yang terbentuk.

Proses ini sahaja menelan masa sehingga 100 jam dan mengambil lebih 100 jam lagi sebelum lapisan pertama berwarna dicatkan. Sebelum itu, pengecat akan menyapukan lapisan selaput jernih dan diperhalusi sekali lagi. Kemudian, disapukan selaput jernih dan diperhalusi sekali lagi untuk memberikan warna akhir yang lebih kaya dan cantik.

Selepas cat disapukan, setiap panel akan diperiksa. Sekiranya ada panel yang tidak sama rata atau warna lebih gelap berbanding bahagian lainnya, ia akan dihantar semula untuk dicat sekali lagi. Menurut Bugatti, proses memastikan warna kekal konsisten untuk panel-panel yang berbeza menjadi cabaran terbesar kerana ia dicat atas metal dan ada bahagian lainnya dicat di bahagian karbon fiber.

Walaupun sudah melepasi pemeriksaan, proses masih belum berakhir. Sekiranya warna cat tadi melepasi standard yang ditetapkan, ia perlu menunggu sehingga 4 hari untuk memastikan ia telah mencapai tahap sempurna. Kemudian, diuji sekali lagi dalam terowong lampu Bugatti selama 10 jam untuk memeriksa sekiranya ada bahagian yang tidak rata.

Proses yang sangat panjang tetapi hasilnya, memuaskan hati. Bukan?

Sumber : Carscoops

Previous Post

Dedah GLA dan GLB Dikemaskini Untuk Tahun 2024

Next Post

Malaysia Di Ambang Transformasi Berskala Besar

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved