Southern Livina Association (SLA) telah mengadakan sambutan ulang tahun kelimanya pada 14 Julai lalu, bertempat di Le Grandeur Palm Resort, Senai Johor. Ia juga bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang masih lagi berlangsung. Seramai 78 orang ahli bersama keluarga masing-masing telah menyertai acara ini, meliputi Crew dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Central.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti ucapan perasmian oleh presiden kelab Encik Roslan. Peluang juga diberikan kepada mantan presiden dan presiden PNGL untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Kesemua yang hadir seterusnya dijamu dengan pelbagai juadah yang menyelerakan. Ia diselangselikan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada ahli jawatankuasa kelab, juga wakil kepada pasukan bowling, badminton dan futsal. Pelbagai hadiah menarik turut menanti peserta dalam acara cabutan bertuah dan pertandingan kereta tercantik.
Selain mengeratkan hubungan silaturahim, acara seperti ini juga membolehkan mereka berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang kereta masing-masing. Terima kasih diucapkan kepada ahli jawatankuasa kelab, serta semua yang hadir menjayakan acara ini.
Kepada pemilik Nissan Livina Wilayah Selatan yang ingin menyertai kelab ini, layari Facebook: Southern Livinian Association [SLA] untuk maklumat lanjut.
Foto: Last Hope