Kelantan Motofest 2018 telah berlangsung dengan jayanya di perkarangan AEON Mall Kota Bahru pada 29 Jun yang lalu. Dianjurkan oleh Asia Motofest dengan kerjasama Cleantech Oil sebagai penaja utama, ia turut disokong Glide Lubricant, Dnars Skincare, WF Performance, Mitsubishi Riff Auto, Warisan Rasa Kitchen, FZ Cafe, Wan Exhaust, Asia Click, MG Motographic dan Adam Photography selaku penaja bersama.
Acara yang julung kali diadakan ini menerima sambutan luar dugaan. Ia menjadi gabungan himpunan terbesar pernah dianjurkan, apabila disertai puluhan kelab dan komuniti permotoran, termasuk barisan jentera modifikasi dari seluruh Negeri Kelantan. Secara tidak langsung, ia berjaya menarik minat pengunjung untuk sama-sama mengambil bahagian dalam acara ini.
Selain pameran jentera modifikasi, para pengunjung juga boleh mendapatkan produk yang dipamerkan di gerai jualan. Beberapa aktiviti sampingan turut diadakan seperti pertandingan autoshow, persembahan pentas dan cabutan bertuah. Kehadiran Dato’ Awie, Pekin Ibrahim, Jaa Suzuran dan beberapa selebriti lain, membantu memeriahkan lagi acara ini.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada para penaja serta semua peserta yang telah mengambil bahagian. Semoga kemeriahan acara ini dapat diteruskan lagi pada penganjuran akan datang.
Foto: Shah Bahulu @ Adam Photography