Pusingan pertama siri perlumbaan Full Throttle bagi tahun 2019, telah berlangsung pada 24 Februari yang lalu bertempat di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah Perak. Dianjurkan oleh Epic Motorsport, ia turut disokong Split Second Advanced Driving (SSAD) dan FTuned Suspension sebagai penaja bersama.
Perlumbaan peringkat grassroot berkonsep ujian masa ini telah dibahagikan kepada 8 kategori, termasuk 5 kategori tambahan. Ia bagaimanapun mengalami sedikit gangguan apabila sensor yang digunakan untuk merekod catatan masa mengalami kerosakan. Namun atas kesepakatan bersama, kedudukan petak pelumba ke pusingan seterusnya ditentukan menerusi cabutan undi.
Walaupun berdepan kesukaran, perlumbaan tetap diteruskan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Terima kasih diucapkan kepada para penaja, rakan peserta, serta krew yang terlibat menjayakan perlumbaan kali ini.
Pusingan seterusnya dijadualkan berlangsung pada 21 April di lokasi yang sama. Kepada yang berminat, hubungi Pak Syed di talian 017-532 8955 untuk maklumat lanjut.
Foto: Ishraqi @ Tune Photography