Bagi mengembangkan lagi perniagaannya, Sumec Tyre Group telah membuka cawangan terbarunya di Shah Alam. Dikenali sebagai Sumec Tyre Premium Center Sdn Bhd (Shah Alam), cawangan keempat ini bakal memberi kemudahan kepada pelanggan untuk mendapatkan khidmat selenggaraan tayar yang profesional.
Selain tayar, Sumec Tyre Premium Center Sdn Bhd (Shah Alam) turut menawarkan khidmat selenggaraan berkala untuk enjin, brek, suspensi dan lain-lain. Pelanggan juga boleh mendapatkan komponen berprestasi, termasuk pilihan rim yang pelbagai. Kepada yang berkelayakan, mereka turut menawarkan pelan ansuran mudah yang pertama seumpamanya, bagi membolehkan pelanggan memiliki komponen yang diinginkan.
Untuk memudahkan pelanggan membuat pilihan, kesemua produk yang ditawarkan disusun kemas dan teratur pada ruang pameran. Bagi memberi keselesaan kepada pelanggan, ia turut dilengkapi pelbagai kemudahan lain, termasuk ruang menunggu berhawa dingin yang luas dan selesa.
Sumec Tyre Premium Center Sdn Bhd (Shah Alam) merupakan premis premium pertama, untuk tayar jenama Lassa di Malaysia. Dilengkapi peralatan serba moden dan terkini, ia membolehkan mereka memberi tumpuan kepada semua jenis kenderaan termasuk kereta mewah dan berprestasi tinggi. Dibarisi tenaga kerja berkemahiran, anda pasti berpuas hati dengan mutu perkhidmatan yang ditawarkan di sini.
Sumec Tyre Premium Center Sdn Bhd (Shah Alam) terletak di No. 2 & 4, Jalan Sungai Burung W32/W, Bukit Rimau, Seksyen 32, 40460 Shah Alam, Selangor. Untuk maklumat lanjut, hubungi Mamum (017-910 9220) / Jayden (012-521 0092) / Max (012-528 0092) atau ikuti mereka di Facebook: Sumec Tyre Premium Center Sdn Bhd (Shah Alam) untuk tawaran dan promosi terkini.
Sumec Tyre Premium Center Sdn Bhd
No.2, Jalan Sungai Burung W32/W, Bukit Rimau Seksyen 32, 40460 Shah Alam, Selangor.
Tel: 012-521 0092
Facebook: Sumec Tyre Premium Center Sdn Bhd