Pameran automotif Automechanika bertindak sebagai platform yang menyediakan sumber dagangan dan latihan kepada pemain industri, untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan kepada umum. Ia turut memberi peluang kepada mereka untuk menjalin kerjasama strategik sekaligus mengembangkan perniagaan ke peringkat global.
Penganjuran kali ke-11 telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 21-23 Mac yang lalu. Dianjurkan oleh Messe Frankfurt dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Institut Automotif Robotik & IoT Malaysia (MARii), ia menerima sambutan yang amat menggalakkan, apabila disertai hampir 300 pempamer dan pemain industri dari 16 buah negara seluruh dunia.
Sehubungan dengan itu, Schmaco juga tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam pameran ini. Selain meningkatkan kesedaran jenama, penyertaan ini juga membolehkan mereka memberi informasi lebih jelas tentang rangkaian produk yang dihasilkan kepada umum. Peluang turut digunakan untuk mencari rakan dagang baru serta meneroka pasaran lebih luas di peringkat global.
Schmaco merupakan pengeluar komponen berasas getah untuk kenderaan seperti kit cagak enjin, tapak suspensi, boot shaft pemacu, lengan suspensi, serta komponen lain yang berkaitan. Untuk maklumat lanjut, layari www.schmaco.com.my dan www.facebook.com/schmacoauto atau kunjungi wakil pengedar yang sah di seluruh negara.
Schmaco Auto Parts Industries Sdn. Bhd.
Lot 18025A &, Jalan Selayang Baru & Jalan 2,
Seri Edaran Light Industrial Park,
68100 Batu Caves, Selangor
Schmaco Marketing (M) Sdn Bhd
Lot 28, Jalan Perusahaan, Amari Business Park,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Whatsapp:6012-984 5466
Phone: +603 – 6179 0928, +603 – 6178 2601, +603 – 6178 4930
Fax: +603 – 6138 5468
Email:enquiry@schmaco.com.my
Website:http://www.schmaco.com.my
FB:www.facebook.com/schmacoauto