PETRONAS Lubricants International (PLI), sebuah syarikat pembuatan dan pemasaran pelincir global PETRONAS, telah menganjurkan Simposium Bendalir Kenderaan Elektrik (EV) yang pertama di Pusat Penyelidikan & Teknologi (R&T) Global PETRONAS, Turin Itali.
Dihadiri lebih daripada 120 orang peserta, acara ini berjaya menarik pakar industri dari seluruh dunia untuk membincangkan tentang inovasi EV yang lebih bersih, cekap tenaga dan mampan. Ia juga menyediakan platform kepada mereka untuk berkongsi trend teknologi EV pada masa depan, kaitan pasaran, serta peranan bendalir dalam evolusi teknologi e-transmisi dan bateri. Di samping itu, simposium ini turut menggalakkan perbincangan mengenai cabaran pengurusan iklim, dengan memanfaatkan perkembangan teknologi EV dan disiplin operasi.
Dalam symposium ini, PLI telah berkongsi hasil kajian global pertama industri dalam Teknologi dan Bendalir EV yang memberi tumpuan kepada Unit Pemacu Elektrik dan Bateri. Kajian yang dijalankan dengan kerjasama FEV Consulting itu menyimpulkan bahawa, inovasi adalah penting dalam memajukan prestasi dan ketahanan EV. Penambahbaikan yang berterusan juga perlu untuk menggalakkan peningkatan kadar penggunaan pengangkutan elektrik oleh pengguna.
Di Pusat R&T Global PETRONAS ini, para peserta berpeluang meninjau makmal pembangunan produk dan kemudahan ujian mekanikal untuk memahami kerja-kerja eksperimen yang membabitkan pembangunan e-bendalir PETRONAS.
Sejak pengenalan Komitmen Karbon PETRONAS pada tahun 2012, syarikat ini telah menurunkan pemantauan jejak karbon sebanyak 13% dari 2017, yang merupakan pengurangan sebanyak 12 juta tan pelepasan gas rumah hijau. PETRONAS juga menjalinkan bekerjasama dengan Daimler Automotive, untuk menghasilkan alat kawalan bahan api dan pelepasan gas karbon yang lebih rendah. Malah PETRONAS turut menyediakan garis panduan Komitmen Karbon PETRONAS serta Unit Tenaga Baharu untuk meningkatkan keupayaan dalam bidang tenaga yang boleh diperbaharui.