Berbanding sistem suspensi tradisional, sistem suspensi udara menggunakan kompresor atau pemampat, yang berfungsi mengawal mekanisma penyerap hentak dan jumlah tekanan pada beg udara. Keadaan ini bukan sahaja membolehkan pemilik menetapkan kedudukan dan ketinggian kenderaan, tapi juga mengawal kadar serapan dan lantunan untuk keselesaan pemanduan. Menariknya, anda tidak perlu ke bengkel untuk tujuan pelarasan, tapi boleh dilakukan menerusi butang kawalan.
Memulakan operasinya sejak empat tahun lalu, Soon Soon Garage ada menyediakan khidmat mengimport dan memasang sistem suspensi udara. Kepakaran mereka dalam hal ini sememangnya terbukti dan sering dikunjungi pemilik kenderaan yang inginkan sistem suspensi lebih premium.
Ketika ini, Soon Soon Garage merupakan antara pengedar rasmi jenama AccuAir Suspension di Malaysia. Bergantung kepada permintaan, mereka turut membawa masuk jenama lain yang bersesuaian. Selain itu, pakej yang disediakan juga pelbagai mengikut kehendak dan keperluan pelanggan.
Walaupun boleh digunakan oleh semua jenis kenderaan, sistem suspensi ini agak kompleks dan tidak direka secara spesifik mengikut model tertentu. Setiap model kenderaan memiliki kaedah pemasangan yang unik dan tersendiri. Keadaan ini bukan saja memerlukan masa dan perancangan yang teliti, malah perlu dikendalikan oleh mereka yang berkemahiran seperti Soon Soon Garage.
Soon Soon Garage terletak di No. 996-2, Jalan Dahlia, Kampung Sungai Kayu Ara, 47400 Damansara, Selangor. Kepada yang berminat, anda boleh layari Facebook: SoonSoon Garage / AccuAir Suspension Malaysia atau hubungi talian 016-245 7900 untuk maklumat lanjut.
Soon Soon Garage
No. 996-2, Jalan Dahlia, Kampung Sungai Kayu Ara,
47400 Damansara, Selangor.
Whatsapp: 016-245 7900
FB: SoonSoon Garage
FB: AccuAir Suspension Malaysia