Perodua secara rasminya telah melancarkan model Axia 2019, sebuah kenderaan berciri keselamatan yang paling mampu milik di Malaysia. Kereta segmen A yang diperbaharui ini, kini ditawarkan dalam 6 varian iaitu E, G, GXtra, SE, AV, serta varian terbaharu STYLE sebagai tambahan.
Selama 26 tahun, Perodua telah menggerakkan Malaysia dengan kenderaan kompak berkualiti yang menawarkan praktikaliti, kebolehpercayaan, pemanduan mudah dan kos pemilikan yang rendah. Atas sebab ini, Perodua Kancil dan Viva telah menjadi pilihan ramai sebagai kenderaan pertama. Perodua Axia 2019 meneruskan semangat itu, serta menawarkan ciri keselamatan canggih yang tidak didapati pada kenderaan segmen ini.
![](https://kakikereta.com/wp-content/uploads/2019/09/Axia-E.jpg)
![](https://kakikereta.com/wp-content/uploads/2019/09/Axia-AV-1.jpg)
![](https://kakikereta.com/wp-content/uploads/2019/09/Axia-Style_3_4-Front-Right.jpg)
Varian teratas AV dilengkapi sistem Bantuan Pemanduan Selamat (ASA 2.0) untuk mengurangkan risiko pelanggaran. Semua varian dari GXtra dan ke atas, kini didatangkan dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan Kawalan Cengkaman (TRC). Kecuali varian E, ia turut mempunyai sistem brek ABS dengan EBD. Sistem ISOFIX diberikan pada semua varian. Manakala varian SE dan AV, dilengkapi filem penapis solar keselamatan.
![](https://kakikereta.com/wp-content/uploads/2019/09/Axia-AV-2.jpg)
![](https://kakikereta.com/wp-content/uploads/2019/09/Axia-STYLE.jpg)
Tambahan baharu kepada keluarga Axia adalah varian STYLE, yang datang dengan bumper hadapan dan belakang dengan elemen lebih lasak, plat pelindung, pelekap badan, lampu belakang lensa jernih, rel bumbung, spoiler belakang dan rim aloi 15-inci. Warna baharu Sunrise Orange yang eksklusif bagi varian ini, melengkapkan gaya ala crossover.
Perodua Axia 2019 ditawarkan pada harga (atas jalan sebelum insurans) antara RM24,090 dan RM43,190. Kunjungi mana-mana cawangan Perodua di seluruh negara untuk maklumat lanjut.