Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

BIRU BUAT ABANG KELIRU

Saiful by Saiful
27/08/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Sejak bertahun lamanya, pasaran untuk kereta hatchback 3-pintu tempatan dikuasai jenama Honda menerusi model-model Civic. Dari generasi pertama kot abah-abah kita duk layan, sehingga tiba di kemuncak menerusi pengenalan model EG dan EK. Ketika itu, dunia modifikasi masih lagi suram dan kebanyakan yang power-power dimiliki oleh bengkel dan pasukan lumba ternama.

Pengeluar besar lain macam tak heran. Market niche sangat katanya dan mereka lebih berminat menumpukan perhatian kepada model-model sedan untuk keluarga. Bagi menjawab persoalan ini, Proton tampil memperkenalkan Satria pada tahun 1994. Dengan harga yang cukup kompetitif, ia berjaya menarik minat golongan muda untuk memiliki sebuah kereta tempatan yang lebih sporty. Bermula dari situ, Satria mula memenuhi jalan raya termasuk beraksi cemerlang dalam pelbagai jenis sukan permotoran.

Rady pun muda jugak, tu sebab dia tertarik nak pakai Satria nih. Dari sebuah model asas yang biasa-biasa, ia telah disegarkan semula menerusi kerja-kerja naik taraf yang bersesuaian. Menurut geran, asal kejadian datang dengan enjin 4G92 SOHC. Kemudian tukar kepada 4G93T GSR. Tapi lepas kena sayor dengan kawannya Yoo Yo, dia nekad untuk menggunakan enjin 4G63T dari EVO III.

Bahagian dalam enjin ini diperkukuhkan dengan set piston baru dari Wiseco. Untuk bahagian atas, ia diisi camshaft dari HKS termasuk sepasang cam pulley boleh laras Arospeed. Sistem turbo dibuat seadanya, bermula dengan turbin TD05 20G, wastegate Tial 40mm, intercooler dan paip sambungan kustom, serta injap pelepas Tial. Yang nampak kureng sebab manifold turbonya masih lagi asal. Alah kalau takat tukar tapi asyik crack memanjang pun tak guna jugak…

Sebahagian besar ruang kokpit menerima salinan komponen milik Mirage Cyborg R. Ia kemudian ditambah aksesori yang lebih menonjol seperti stereng Momo Race dan tempat duduk bucket Recaro SPG. Sistem elektronik pulak dibantu 4 bijik meter Defi, unit RSM Apexi, serta unit AFC Neo Apexi untuk tujuan talaan.

Untuk luar, Rady memilih untuk menggunakan kit badan lengkap Mirage Cyborg R yang harusnya lebih garang. Sebagai tambahan, diselitkan juga unit sunroof MMC dan cermin sisi berkrom Ganador. Sekali tengok mari jugak, lebih-lebih lagi selepas dilayangkan dengan kaler biru yang keliru…

Sistem gantungan menggunakan set suspensi boleh laras HWL, temasuk padanan lengan bawah aluminium yang ringan. Sektor hentian diserahkan kepada set brek EVOIII untuk depan dan belakang. Bagi mendapatkan cengkaman lebih jitu, ruang roda diisi tayar gigit Toyo Proxes R888 pada rim champion Volk Racing TE37.

Buat masa ini, tiada lagi hatchback 3-pintu tempatan yang boleh kau beli, selepas Proton mengambil keputusan untuk menghentikan pengeluaran Neo hampir setahun yang lalu. Apacer? Takkan lepas 21 tahun baru perasan yang market segmen ni memang kecik. Tapi Tiara replacement, boleh pulak buat…!

 

Previous Post

G’s RAWK!!!

Next Post

BENDA BOLEH BIKIN

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved