Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

G’s RAWK!!!

Saiful by Saiful
27/08/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Baiklah, wa pun tak tau nak mula artikel ni dari mana. Nak tengok dari sudut JDM? Nak ulas dari segi performance? VIP? Bentong-Karak-Raub? Bukan? Okeylah. Kita bincang dari segi keseluruhan; bagaimana sebuah MPV sebesar bas mini ini boleh jadi people mover yang laju dengan sifat JDM sebenar.

Toyota Vellfire adalah sebuah model MPV yang sangat berjaya. Ketika diperkenalkan pada 2008, generasi pertama yang dikenali dengan kod ANH20 (bersama Alphard), cuma bertanding dengan Nissan Elgrand E52 (yang kecundang akhirnya). Seperti yang boleh kita jangka, model 2.4Z dengan enjin global 2AZ-FE adalah yang paling popular berbanding model 3.5Z GGH20.

Enjin yang sama pada Camry dan Harrier ini, telah memasuki fasa akhir di mana kotak gear 7 kelajuan jenis CVT dipasangkan. Walaupun atas kertas ada 170hp, ia tetap sebuah enjin yang lemau. Dah memang direka untuk keperluan keluarga, bukan untuk korang pergi berlumba. Wa yang berhijrah dari RB1 kepada ANH20 pun rasa nak menangis masa mula-mula menyesuaikan diri dengan MPV ni.

Encik Mohd Asyraf Shahiruddin ada idea yang lebih baik. Beliau tidak membuang masa dengan memasang kit pengawal throttle, pemasa enjin atau aksesori dengan kesan akhir yang minimum. Jalan terbaik adalah, memasang terus sebuah sistem induksi yang lengkap!

Pilihan beliau ialah set Rotrex supercharger. Ya supercharger tuan-tuan. Ia dijual sebagai kit tambahan yang mampu meningkatkan 20-30hp dengan mudah. Pasang saja dan tork pun boleh naik 20-30 peratus. Pada fasa ini, Encik Mohd Asyraf Shahiruddin sudahpun boleh tersenyum lebar bila berada di lebuhraya, khususnya bila dikejar oleh kereta sport supercar paling laju abad ini – Perodua Myvi.

Bila dah laju, memasang rim sebesar raksasa tidak lagi menjadi isu. Encik Mohd Asyraf Shahiruddin mula mencari rim kegemarannya jenis Volk Racing TE37. Tapi ada satu masalah. Untuk saiz 20-inci, Rays tidak membuatnya untuk pasaran kereta biasa kecuali Nissan GTR. Gila nak kena widebody Vellfire ni? Kemudian beliau cuba alih perhatian kepada produk replika Thailand. Memanglah ada yang 20 inci, tapi hub 6-lubang untuk trak pikap!

Sebelum dicop gila kerana convert hub 5 kepada 6, beliau usaha lagi. Tak mau pakai rim selain TE37 katanya, sehinggalah beliau terjumpa sumber yang boleh mendapatkan rim tempahan khas. Kalau korang biasa dengan Rays, mereka memang menerima tempahan rim dimensi kustom. Tinggal sediakan duit aje. Akhirnya rim yang diminta, selamat dihantar dari kilang Rays ke Malaysia. Saiz 20X8.5 depan, 20X9.5 belakang dengan offset +36. Wa rasa Encik Mohd Asyraf Shahiruddin aje yang pakai rim spesifikasi khas ni di Malaysia. Harga jangan tanyalah, confirm boleh kahwin satu lagi…

Rim ini dipasangkan dengan tayar Yokohama Advan Sport V105 bersaiz 245/40ZR-20 di keempat-empat sudut. Gabungan rim dan tayar ini memberi bentuk baru yang memaksa kereta direndahkan. Setelah mencuba pelbagai jenis ejestebel yang menyebabkan anak dan isterinya bermasam muka, Encik Mohd Asyraf Shahiruddin akhirnya mendapat talaan yang tepat dari set suspensi HKS Hipermax S Style L.

Rotrex + rim besar + lowered, adalah resepi terbaik untuk berdiri menekan brek. Jangan buat pasal. Untuk itu, Encik Mohd Asyraf Shahiruddin telah menukar set brek asal kepada AP Racing yang dibeli baru dari ST Wangan. Sama macam rim, harga brek ni pun cukup untuk kahwin sorang lagi…

Puas sudah hatinya, sekarang giliran memilih make-up yang sesuai untuk bahagian luaran. Vellfire memang ada banyak kit badan yang boleh dipasangkan. Antara yang popular ialah ZG facelift dengan kit Modellista, Aerotourer, TRD atau G’s. Dari sebuah model Z Platinum yang agak suram, Encik Mohd Asyraf Shahiruddin telah memadankan kit versi G’s yang merupakan varian talaan kilang paling sporty yang boleh dibeli.

Ia kemudian dimeriahkan dengan kemasan gentian karbon, terdiri dari hood karbon fiber Kevtec, serta saduran karbon fiber kustom pada fender, lip, diffuser, cermin sisi dan spoiler belakang. Bahagian dalaman pula disalin sepenuhnya dengan spesifikasi G’s, termasuk tempat duduk jenis pilot seat ZG, model terakhir ANH20 keluaran 2014.

Gembira? Sudah tentu, namun Encik Mohd Asyraf Shahiruddin berasa masih ada yang kurang bila kereta ini kerap berulang alik dari Raub ke KL. Ya mesti upgrade lagi, baru boleh panjat Bukit Tinggi dan Genting Sempah sambil melambai-lambai kepada supercar setaraf GTR iaitu Perodua Myvi.

Untuk tujuan itu, rombakan semula telah dibuat kepada enjin dengan memasang rod penyambung forged, piston CP bersaiz 88.5mm serta proses port & polish di bahagian kepala silinder. Sistem supercharger juga dipertingkatkan dengan pemasangan pulley kustom yang lebih besar untuk tekanan boost lebih tinggi. Turut dipasang, injap pelepas Turbosmart, injektor tambahan, penapis udara K&N dan sebuah intercooler Blitz yang sepatutnya untuk kereta Skyline.

Cukup tak? Entahlah, itu korang kena cuba sendiri. Spec macam nak masuk MSF dah ni. Kalau jumpa tengah malam, lebih baik bagi laluan. Malu nanti kalau kalah ngan MPV weiii…!!!

 

Previous Post

EASTERN SQUAD

Next Post

BIRU BUAT ABANG KELIRU

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved