Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

MANJA MERAH KEMBALI

Saiful by Saiful
05/08/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Tidak seperti Eropah, pasaran wagon di rantau Asia Tenggara sebenarnya sangat-sangat kecik. Mana silap pun tak tahu dan kebanyakan kita, lebih menggemari kenderaan dari segmen MPV sebagai pilihan. Dari yang kecik macam Alza, sampailah yang mahal macam Vellfire. Bersepah-sepah! Mungkin sebab kebanyakan kita di sini berkeluarga besar. Jadi tambahan tempat duduk di ruang belakang lebih diperlukan. Sedangkan wagon lebih praktikal untuk mengangkut barang semata.

Jika diimbas, segmen wagon masih lagi meriah ketika Tan Chong Motor memperkenalkan AD Resort untuk pasaran tempatan. Lepas pada tu langsung tak nampak jalan, kecuali model Forester dan Caldina yang berjaya menambat kembali segelintir peminat segmen ini. Itu pun sebab prestasi. Selebihnya ditawarkan oleh barisan pengeluar premium, yang kalau tak jual walau sebijik sekalipun tak jadi hal. Pernah tengok Mazda 6 Wagon? Kau giler cakap tak lawa. Tapi gitulah, reganya pulak jadi kekangan.

Alternatif yang tinggal untuk para peminat wagon adalah, membeli dan menaik taraf model-model lama yang masih berkeadaan baik. Salah satu pilihan mudah lagi murah ialah Nissan AD Resort. Walaupun kebanyakannya ditawarkan dengan pakej asas, kreativiti para pemilik berjaya memberi nafas baru kepada model ini.

Ini Manja Merah, nama yang diberikan Amar kepada kereta miliknya. Signifikan nama tu tak pastilah pulak. Mungkin kerana terlalu manja hingga memaksa Amar, membeli apa saja yang diinginkan. Untung jugak jadi kereta. Beberapa purnama dulu dah pernah muncul dalam majalah sebelah. Tapi lepas berwajah baru, ia kembali semula memberi ilham kepada mereka yang berminat.

Dari sebuah kereta pasar malam, penampilan Manja Merah telah digayakan semula menerusi padanan beberapa komponen yang bersesuaian. Pilihan tak banyak mana, tapi kebanyakan pemilik gemar mengadunnya dengan model setara. Paling mudah, salinan komponen dari model Y10 Wingroad untuk keseluruhan facelift depan, skirt sisi, pintu, serta bumper belakang yang perlu dikacuk. Tidak ketinggalan skup udara Pulsar, sunroof Audi A4, panel plet California, spoiler Shonan dan tambahan panel bumper Libero di bahagian belakang. Hiasan roda pulak datang dengan rim Volk Racing TE37 beserta tayar 215/45ZR-17. Ala, tayar murah jer…

Ruang dalam tampak kemas untuk sebuah kereta pasangan yang baru berkahwin. Tunggu ler dah ada anak nanti, abis calar-balar kena gesek ngan hotwheels. Hampir kesemuanya menggunakan perkakasan milik Wingroad seperti papan pemuka, tempat duduk dan panel pintu. Tidak dilupakan tambahan aksesori lain seperti stereng Personal, meter boost Apexi, serta gabungan sistem audio dari Sony dan Kenwood.

Wagon dulu-dulu tidak dibina untuk tujuan prestasi. AD Resort ini misalnya, hanya dibekalkan dengan enjin suapan karburetor. Untuk memberi Manja Merah semangat baru, tugas enjin tersebut telah dipencenkan dan diganti dengan enjin SR20DET yang lebih ranum.

Nadi baru ini belum lagi usik, kecuali proses port & polish ringan di bahagian kepala silinder. Untuk sistem pendesak, suapan udara dibawa masuk dari penapis udara Blitz, terus ke mulut turbin Garrett T25BB. Lebihan tekanan pada perumah ekzos dipaksa keluar, menerusi wastegate Turbosmart Ultra-Gate. Boost yang terhasil kemudian, disejukkan oleh intercooler Blitz lengkap bersama paip sambungan kustom. Sementara tekanan berlebihan, dilepas keluar melalui injap pelepas Apexi Twin Chamber.

Penyampaian bahan api datang dari pam petrol Walbro, sambil dikawal unit regulator Works Engineering. Bagi kuasa nyalaan pulak, ia diperkuat dengan kabel pencucuh Ultra, sebelum keseluruhan sistem ditala mengunakan piggyback GReddy e-Manage…

 

 

Previous Post

SKYLINE 2J-R

Next Post

SI FIORE KIDAL

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved