Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

SI FIORE KIDAL

Saiful by Saiful
05/08/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Semalam gua pasang tombol baru kat pintu bilik rumah gua. Kerja mudah, takkan nak panggil tukang rumah kot. Dah pasang separuh jalan, baru perasan yang tombol tu gua pasang terbalik! Mangkuk tingkat sungguh, cemana kerja mudah cenggitu pun boleh silap. Satu kerja pulak nak bukak dan pasang semula.

Tapi kereta ni tak silap. Yang silap adalah pemilik asal kerana membawanya balik dari Tanah Arab, sehingga menimbulkan perasaan jeles di kalangan pemilik Saga-Fiore yang lain. Nama Fiore tu sendiri dah rare, apa lagi kalau jenis kidal cenggini. Sebagai peminat Saga-Fiore yang sangat tegar, Darkjim terpanggil untuk memikul tanggungjawab menjaga spesis paling terancam ini sebaik mungkin.

Ikut buku sejarah, kereta ini Darkjim temui dalam keadaan yang sangat tidak terurus oleh pemilik asal. Acu terai kecek tengok, mana tau dia goyang nak jual. Lepas tabur 50 hengget berkeping-keping atas meja, beliau akhirnya mengalah dan bersetuju mengikut Darkjim menukar nama di pejabat tuuu. Sebaik servis bertukar tangan, maka bermulalah perjalanan baru untuk si Fiore Kidal ini.

Ketika ditarik ke bengkel cat Darkjim, rupanya tak ubah macam retis tak cukup kain. Sana-sini terdedah, bertompok dan berkurap pulak tuh. Lama jugak Darkjim amik masa untuk jadikan ia secantik ini. Bukan disengajakan, tapi dibuat mengikut kelapangan dan kemampuan sendiri.

Untungnya, bahagian luar kereta ini datang dengan kit badan Fiore C13 yang lengkap. Tak banyak yang perlu dibuat, kecuali menggantikan mana-mana komponen yang uzur. Gril krom MMC, lampu depan Fiore Wagon, cermin sisi tanduk Fiore Wagon dan kedudukan lengan wiper yang terbalik, merupakan antara komponen yang sering mengundang perhatian. Lekuk badan kereta seterusnya dibetulkan semula, sebelum ditembak ton dua kaler seperti katalog asal.

Enjin 4G15 suapan karburetor asal, nampaknya masih lagi berfungsi. Cuma operasi sistem injapnya ajer yang berjalan tempang. Sebagai penyelesaian, keseluruhan bahagian kepala silinder telah digantikan daripada 8-injap kepada 12-injap. Ejas kabereta sket, mencanak-canak ler pegi atas highway. Untuk mengurangkan masalah gout, sistem transmisi automatik terus dikekalkan.

Menjengah ke bahagian dalam membuatkan gua rasa janggal. Biasa amik gambo dari belah kanan, tapi yang ni kena mengendeng dari kiri pulak. Menurut Darkjim, sebahagian besar komponen ruang ini tak sama macam Fiore biasa. Rupa memang sama, tapi tidak posisinya. Contoh, suis tingkap kat panel pintu tuh. Kalau pasang yang Fiore biasa dan tentu jadi terbalik! Senak jugak kalau ada yang rosak…

Jalan terbaik yang boleh Darkjim lakukan adalah, membaik pulih komponen sedia ada. Paling perit bahagian papan pemuka yang perlu dikahwin-kacuk untuk kembali sempurna. Begitu juga dengan komponen seperti tempat duduk, panel pintu, konsul gear dan lain-lain. Paling best, stereng kapal terbang Mirage C13 dan radio kaset asal Mitsubishi yang masih berfungsi!

Bercerita tentang sektor pengendalian, sistem suspensi masih lagi menggunakan komponen asal. Ni kalau rosak pun takde masalah, boleh pakai yang Saga punya. Sistem brek kemudian dipertingkat menerusi padanan brek milik Galant VR4 untuk depan dan belakang. Manakala rodanya pulak, kekal dengan rim kompang bersaiz 14-inci. Yang jadikan ia lebih bernafsu adalah penutup rim MMC yang cukup kena dengan penampilan keseluruhan.

Kereta ini tidak jatuh dalam kategori modifikasi, tapi lebih kepada segmen restorasi. Kerana statusnya yang rare lagi pelik, ia sememangnya layak untuk dipaparkan di sini…

 

Previous Post

MANJA MERAH KEMBALI

Next Post

RED MODERNO

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved