Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

SKYLINE 2J-R

Saiful by Saiful
05/08/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Ada dua nama hebat yang perlu kau ingat dalam dunia ni. Kereta sukan Skyline dan pasukan bola sepak Arsenal. Dua nama hebat yang telah mengubah persepsi industri masing-masing. Skyline memetakan sektor automotif supaya orang hormat dengan teknologi dari negara Jepun. Sementara Arsenal memiliki penyokong yang tak reti mengisi borang penukaran kelab, walaupun tak menang piala berbelas tahun!

Kita pecahkan lagi diagram Skyline tadi. Ada 3 nama penting iaitu Hakosuka, RB26 dan R35. Ia mewakili 3 generasi dan 3 teknologi yang menentang arus. Jentera ikonik R35 misalnya, terbukti power walaupun harganya jauh lagi murah dari pesaing terdekat Porsche 911 Turbo. Ini membuktikan kereta ‘murah’ boleh dibuat, manakala kereta ‘mahal’ tidak semestinya laju di zaman serba moden ni. Kau boleh aje gigit Golf atau M3 yang berkali ganda mahal, dengan bermodalkan casis BNR atau R biasa-biasa seperti GTT.

GTT membenarkan orang yang tak kesampaian hajat mendakap GTR, memiliki mesin serba power ni. Bukan itu aje, malah sudah ada yang berani merojak kereta ini dengan enjin songsang seperti 2JZ-GTE, yang terkenal kerana ketahanannya. Tak perlu cekik perut untuk beli M3. Sekali gearboxnya koyak, menangislah kamu di pintu workshop…

Baiklah. Apa yang bestnya 2JZ-GTE ni? Itu kena tanya Mohd Nizam. Bayangkan betapa lamanya wa tinggalkan industri, sedangkan kereta ini dibina tak sampai 3km dari rumah wa. Pada mulanya, Nizam main kereta untuk suka-suka. Asal main Cefiro, kemudian beli R34 GTT, kemudian ganti RB26DETT, kemudian terdetik idea nak pakai 2JZ-GTE. Semuanya dibuat depan garaj rumah. Ya, wa tak tipu. Sampai satu masa, bila kawan makin ramai menumpang, terpaksalah dia berhijrah membuka bengkel sendiri.

Kenapa bukan RB26DETT? Terlalu mainstream mungkin. Lagipun enjin ni dah semakin pupus dalam pasaran. Berbeza dengan siri 2JZ yang dipasang pada macam-macam jenis kereta di Jepun (Supra, Aristo, Crown, Majesta dan lain-lain). Sedangkan RB26DETT cuma khusus untuk Skyline GTR. Dari segi teknikal pulak, saiz rangka, jaket air dan crankshaft 2JZ-GTE, sebenarnya lebih besar berbanding RB26DETT.

Itu bermaksud, senang nak modified. Dalam kes Nizam yang mana hobinya berwangan, sudah tentu mesin+kuasakuda+tork+lasak adalah penting. Enjin ini telah dibina semula dari pemasangan gasket keluli HKS 1.5mm, port & polish kepala silinder dan penempatan camshaft HKS 280°. Disebabkan 2JZ ni bukan versi VVT-i, camshaftnya masih lagi murah dan senang didapati. Ia kemudian dipasang dengan spring injap BC, retainer titanium BC dan cam pulley HKS.

Setup turbo tunggal dah tentu jadi pilihan dan untuk mendapatkan boost yang mencanak-canak, turbin HKS T51R KAI BB telah dipasang. Kalau bukak bonet tengah malam gelap, mau terkejut berok tengok saiznya yang besar nak mampos. Ia duduk di atas manifold HKS V-Band dan dipasang dengan wastegate HKS 60mm serta injap pelepas juga dari HKS.

Untuk menyokong sebuah turbo sebesar kepala Amid, intercooler HKS sebesar rumah diperlukan. Tekanan boost dikawal oleh GReddy Profec B Spec II, sementara boost yang masuk ditingkatkan dengan manifold kemasukan GReddy bersama throttle body Nissan VH45DE.

Aksesori enjin yang lain termasuklah penapis udara Blitz SUS, pam Walbro 400, injektor Bosch ID 1150cc, coil pack Splitfire, radiator aloi Synergy Radiator dan sebuah radiator sekunder yang diletak pada unit diffuser belakang. Otak elektronik? ECU Haltech Platinum Sport 2000.

Enjin ini dibina mengikut panduan yang betul. Jadi capaian 500hp di atas mesin dyno bukanlah satu masalah. Wa tengok Nizam pun takut nak accelerate, sampai meletop-letop dibuatnya. Kalau bawak kat area rumah wa, rasanya tak sempat barrier bukak. Mesti kena baling dengan tayar terpakai oleh pengerusi persatuan penduduk yang kerek tu…

Nak pindah kuasa 500hp ke atas jalan perlukan teknologi yang setimpal. Kereta ini dipasang dengan kotak gear manual Getrag V161 dan dilengkapi set klac OS Giken R Triple Plate. LSD Tomei 2 way pun ada. Kalau tak ada benda-benda ni, kau rev enjin, kereta termenung kat situ jelah.

Bahagian hentian dinaiktaraf dengan brek AP Racing 6 pot depan dan standard 2 pot di belakang. Suspensi pun ditukar dengan jenis boleh laras dari TEIN. Roda asal seterusnya diganti rim 19-inci TE37SL dengan tayar Achilles ATR Sport 275/30ZR-19.

Penat siak nak cerita barang dalam. Wa copy paste je la. Ada meter Nismo, stereng Nardi Torino, tombol gear Nismo, kerusi Recaro SR4, meter boost HKS, meter tambahan GReddy dan unit paparan MFD BNR34. Siap…!

Sebenarnya hati wa dengan kereta sukan Jepun ni dah lama pudar. Scene pun tak meriah macam dulu-dulu. Hanya ada 1-2 model je yang kekal popular pada tanggapan wa. Tapi bila pergi ke bengkel GT Max Motorsport, persepsi wa sedikit berubah. Lama sangat wa join geng pancing sampai lupa pasal scene kereta sukan ni.

Sebenarnya masih lagi meriah, cuma banyak yang dah bergerak secara underground. Hanya mereka yang hati kental aje, masih setia dengan kereta macam ni. Dengan harga GTT sekitar RM60-70K, ianya masih lagi maintain tapi sangat munasabah.

Wa selalu bayangkan apa jadi kalau kereta macam ni masuk enjin V8. Pergh…!!! Masa tu bolehlah pakai polo shirt kolar angkat tinggi rambut cacak-cacak. Muka buat ketat sikit. Mesti jiran wa yang pakai Golf GTi segan nak start kereta dia depan rumah sendiri kan?

 

Previous Post

SCHMACO @ AUTO CITY CARNIVAL 2019

Next Post

MANJA MERAH KEMBALI

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved