Auto City 2019
Dalam usaha meningkatkan kesedaran jenama kepada umum, Schmaco Auto Parts Industries Sdn Bhd telah mengambil bahagian dalam edisi ke-15 Auto City Carnival 2019. Berlangsung pada 5-7 Julai yang lalu, ia merupakan acara permotoran paling dinantikan, khususnya di kawasan utara tanah air.
Penglibatan Schmaco dalam acara ini bertujuan untuk memperkenalkan rangkaian produk mereka terus kepada pengguna. Secara tidak langsung, ia turut membantu wakil pengedar meningkatkan jumlah jualan dan saiz pasaran. Selain memberikan informasi lebih jelas, beberapa aktiviti sampingan turut diadakan seperti pemberian cenderahati, cabutan bertuah, peluang bergambar bersama duta dan maskot, serta permainan interaktif yang membolehkan para penggunjung memenangi hadiah istimewa yang disediakan.
Schmaco merupakan pengeluar komponen berasas getah untuk kenderaan seperti kit cagak enjin, tapak suspensi, boot shaft pemacu, lengan suspensi, serta komponen lain yang berkaitan. Untuk maklumat lanjut, layari www.schmaco.com.my dan www.facebook.com/schmacoauto atau kunjungi wakil pengedar yang sah di seluruh negara.
Schmaco Auto Parts Industries Sdn. Bhd.
Lot 18025A &, Jalan Selayang Baru & Jalan 2,
Seri Edaran Light Industrial Park,
68100 Batu Caves, Selangor
Schmaco Marketing (M) Sdn Bhd
Lot 28, Jalan Perusahaan, Amari Business Park,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Whatsapp: 6012-984 5466
Phone: +603 – 6179 0928, +603 – 6178 2601, +603 – 6178 4930
Fax: +603 – 6138 5468
Email: enquiry@schmaco.com.my
Website: http://www.schmaco.com.my
FB: www.facebook.com/schmacoauto