Ketika ini, Nexen Tire bukan lagi asing di kalangan pengguna kenderaan di Malaysia dan seluruh dunia. Ia diiktiraf sebagai antara jenama terbaik, yang menawarkan tayar berkualiti pada harga berpatutan.
Nexen NFera SU1 tergolong dalam kelas tayar UHP (Ultra High Performance) untuk kenderaan penumpang. Ia mampu memberi pengalaman pemanduan yang meyakinkan, sama ada di atas permukaan jalan kering mahupun basah. Keadaan ini secara tidak langsung, turut membantu aspek pengendalian dan kuasa membrek sesebuah kenderaan. Terima kasih kepada struktur binaan serta rekaan corak yang digunakan.
Struktur Binaan
Nexen NFera SU1 dibina dengan lapisan getah berkualiti untuk jaminan ketahanan dan kestabilan. Lapisan jaring yang digunakan, meningkatkan fungsi brek dengan penyebaran tekanan yang optimum. Sementara struktur bingkainya pula, membantu mengekalkan bentuk tayar secara keseluruhan.
Bahagian dinding tayar berfungsi menyerap getaran dan memberi lebih keselesaan sepanjang pemanduan. Lingkaran bibir tayar yang kukuh, menawarkan kestabilan dan respon stereng yang baik. Malah jenis kompaun yang digunakan, memberi jangka hayat lebih panjang tanpa menjejaskan faktor cengkaman.
Rekaan Corak
Nexen NFera SU1 memiliki corak bunga tayar yang tersendiri. Tiga jaluran simetrikal yang besar di bahagian tengah, membantu aspek kestabilan secara keseluruhan. Sementara lurah yang terbina di antaranya, berfungsi sebagai saliran air yang efisyen.
Blok sisi bahagian dalam bertugas mengalirkan air keluar dari kawasan permukaan, manakala blok sisi bahagian luar membantu aspek pengendalian dan cengkaman di kawasan selekoh. Rekaan corak 3D berbilang di permukaan tayar pula, memberi cengkaman yang optimum untuk semua keadaan jalan.
Prestasi
Menerusi siri ujian yang dijalankan, Nexen NFera SU1 terbukti menawarkan prestasi pengendalian dan brek yang memberangsangkan sama ada di permukaan jalan basah atau kering. Malah ia juga memiliki jangka hayat lebih panjang berbanding jenama lain.
Untuk pasaran tempatan, Nexen Tire diedarkan oleh HT Performance Tyre Sdn Bhd. Ia boleh didapati dalam pelbagai dimensi dan saiz mengikut keperluan anda. Untuk maklumat lanjut, layari www.nexentire.com dan Facebook: Nexen Tire Malaysia atau segera kunjungi wakil penjual Nexen Tire di seluruh negara.
HT Performance Tyre Sdn Bhd
NO 11, Jln TPP 3, Taman Perindustrian Putra,
47130 Puchong, Selangor
Tel: 603-8066 8336
Fax: 603-8068 9336
FB: www.facebook.com/NexenMY
Website: www.nexentire.com