Pasukan HI-Rev SIC Dream Chaser telah membuat penampilan sulung ketika pusingan pembukaan Malaysia Championship Series (MCS) di Litar Antarabangsa Sepang pada 5-7 April yang lalu. Dalam perlumbaan ini, mereka mempertaruhkan 3 buah jentera untuk bersaing dalam kategori SP2 dan MTC.
Pasukan ini segera mengecapi kemenangan manis apabila pelumba muda berbakat Ady Rahimy Rashid yang memandu Suzuki Swift #90, mengungguli tempat pertama dalam Perlumbaan 1 dan 2 kategori SP2. Beliau berjaya meninggalkan cabaran pelumba lain untuk mendahului kedua-dua perlumbaan, sekaligus meraih kemenangan berganda buat pasukan.
Selain itu, dua orang pelumba wanita telah mengambil bahagian dalam kategori MTC. Menggunakan Ford Fiesta #9, Angeline Lee dan Sophia Menzenbach dari Jerman, berjaya menamatkan saingan pada kedudukan ke-6 dan ke-5 dalam Perlumbaan 1 dan 2. Sementara Adam Khalid dan CY Ong yang memandu Satria Neo #100, menduduki tempat kedua dalam Perlumbaan 1 kategori MTC.
Pusingan kedua Malaysia Championship Series akan berlangsung pada 19-21 April 2019. Layari Facebook: HI-REV Junction / TorQe Performance Motor Oil untuk maklumat lanjut.