Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

ESTRADA MOTORSPORT BY PULZAR MALAYSIA, RANGKUMAN PERLUMBAAN MSF (PUSINGAN 1)

Saiful by Saiful
10/05/2019
in BULETIN

Pasukan Estrada Motorsport By Pulzar Malaysia berjaya menampilkan prestasi yang memberangsangkan dalam pusingan pertama perlumbaan MSF Super Turismo 2019. Walaupun perlu berlumba dalam keadaan trek mencecah suhu 65°C, mereka tetap menghasilkan keputusan yang positif di mana keempat-empat jentera yang digunakan, berada pada kedudukan 10 terbaik untuk setiap kategori.

Menurut Azwan Zulkifle selaku pengarah pasukan, “Berlumba dalam cuaca panas sememangnya mencabar. Seperti yang dapat kita saksikan, banyak jentera mengalami masalah teknikal lebih-lebih lagi selepas diasak ke tahap maksimum. Kami agak bernasib baik kerana kesemua jentera dan pelumba, berjaya mengharungi cabaran ini dan beroleh mata berharga untuk dibawa ke pusingan seterusnya.”

Keputusan terbaik dirangkul Asrul Ali dalam kategori Super 1500 dengan jentera Honda Civic EF. “Semasa perlumbaan pertama, saya berdepan masalah kurang cengkaman akibat suhu trek yang terlampau panas. Bagaimanapun, krew pasukan berjaya menyelesaikan hal ini sebelum perlumbaan kedua bermula. Saya amat bersyukur kerana berjaya menamatkan perlumbaan di tempat pertama. Persiapan jentera oleh JSeventy One Garage dan Fawster Motorsports, banyak membantu dalam hal ini. Terima kasih diucapkan kepada semua,” ujar beliau.

Dalam kategori Street Tuned pula, Toyota Starlet yang dipandu Azwan mengalami masalah teknikal dan gagal menamatkan perlumbaan pertama. Hal ini menyebabkan Fadhlan selaku pemandu kedua, perlu memulakan saingan di petak ke 40 dalam perlumbaan kedua. Hasil catatan masa yang konsisten, beliau bagaimanapun berjaya menamatkan perlumbaan di tangga ke 18 keseluruhan dan ke 5 dalam kategori ini.

“Jentera ini belum 100% sempurna semasa perlumbaan kedua. Untuk lebih realistik, saya hanya menetapkan matlamat untuk menghabiskan baki perlumbaan. Namun di pertengahan saingan, saya berjaya mencipta peluang untuk berada pada kedudukan lebih baik. Saya terus mencuba dan akhirnya berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kelima dalam kategori ini,” kata Fadhlan.

Sharina Ramlle yang pertama kali beraksi dalam kategori Saga Cup Casual, berjaya meraih tempat ke 4, termasuk tempat ke 5 bagi kategori Ladies Cup. Menurut beliau, “Ini merupakan pengalaman dan cabaran baru buat saya. Jika tahun lepas saya bergandingan bersama suami, tahun ini saya perlu berlumba secara sendirian. Sukar untuk saya gambarkan pengalaman penuh bermakna ini. Peluang beraksi dengan 70 jentera lain, sebenarnya agak mengujakan.”

Jentera terakhir merupakan sebuah Honda Jazz yang bersaing dalam kategori Super Production. Berlumba dalam keadaan hampir standard, ia tidak menjanjikan sebarang keputusan namun masih berupaya menamatkan perlumbaan dengan cemerlang. Rangkuman data yang diperolehi, bakal digunakan untuk membangunkan jentera ini pada masa hadapan.

Pasukan Estrada Motorsport By Pulzar Malaysia berhasrat untuk terus mengekalkan momentum ini, selain berusaha mendapatkan kedudukan lebih baik dalam kategori masing-masing pada pusingan yang akan datang.

N.E.S Oil Seal SDN BHD (213523-K)
660, Batu 4, Jalan Ipoh,
51200 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 603-6257 4549 , 603-6257 4540
Mr. Chew 016-663 1221
Mr. Lim 012-502 0313
Mr. Por 012-509 0870
Email: enquiry@nesos.com.my
FB: www.facebook.com/pulzarmalaysia
Insta: www.instagram.com/pulzarmalaysia/
Website: www.pulzaroil.com

 

Previous Post

HI-REV SIC DREAM CHASER RAIH KEMENANGAN BERGANDA

Next Post

WHEEL SPEED CAR SERVICES SDN BHD, PUSAT SERVIS SEHENTI

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved