Bagi meningkatkan reputasinya sebagai jenama minyak enjin berkualiti dan dipercayai, Akaya Motor Oil telah bekerjasama dengan Seng Motorsport dan KSM Motorsport, untuk mengambil bahagian dalam siri perlumbaan MSF Superturismo 2019. Menerusi kerjasama ini, mereka telah berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada penaja kepada dua buah jentera yang bersaing dalam kategori Saga Cup.
Dalam pusingan 2 yang berlangsung baru-baru ini, Tan Chaw Wei dari Seng Motorsport yang memandu jentera #522, berjaya meraih tempat ketiga dalam kategori Saga Pro. Manakala Chooi Kim Kat dari KSM Motorsport yang memandu jentera #833, berjaya menduduki tempat kelima dalam kategori Saga Advanced. Kedua-dua jentera ini menggunakan minyak enjin sintetik Akaya Motor Oil 5W-40 SN/CF.
Ditubuhkan sejak Januari 2017, Akaya Motor Oil berhasrat untuk menyediakan minyak enjin berkualiti pada harga berpatutan. Mereka kini mempunyai rangkaian lengkap minyak enjin dari gred sintetik, semi-sintetik, mineral, diesel, termasuk aditif tambahan untuk radiator dan enjin. Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook: AKAYA Motor Oil.
Akaya Auto Accesories Sdn Bhd
73, Jalan PJU 1A/41B, Pusat Dagangan NZX,
47301 Petaling Jaya, Selangor
Tel: +603-7885 9215
Fax: +603-7885 9315
Email: admin@akaya.com.my
FB: www.facebook.com/akayamotoroil/