Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Pajakan EV kepada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri & Lanjutkan kerjasama IGEM hingga 2030

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
27/10/2023
in BULETIN, UTAMA

Sime Darby Rent-A-Car (SDRAC) selaku pemegang lesen francais eksklusif bagi Hertz di Malaysia menyerahkan empat kenderaan elektrik (EV) kepada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) untuk kegunaan rasminya dalam sebuah majlis yang diadakan baru-baru ini.

Penyerahan itu susulan daripada perjanjian pajakan EV yang ditandatangani antara SDRAC-Hertz dan MBIP ketika berlangsungnya pameran International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) 2023 baru-baru ini. Turut memeriahkan majlis menandatangani ini adalah kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif Greentech Malaysia Alliances (GTMA), Puan Elina binti Jani sebagai saksi peristiwa.

Perjanjian pajakan dengan MBIP adalah satu daripada dua usaha mobiliti hijau oleh SDRAC-Hertz yang bertujuan untuk mempertingkatkan penggunaan EV dalam perniagaan kereta sewa. Usaha kedua SDRAC-Hertz adalah melalui perluasan peranan syarikat sebagai rakan sewaan EV rasmi untuk IGEM hingga 2030 nanti.

“Kedua-dua kerjasama strategik ini mencerminkan kesungguhan kami terhadap penyelesaian pengangkutan lestari, dan dengan sempurna melengkapi sasaran ESG oleh Kumpulan Sime Darby untuk memiliki lebih daripada 50% produk cekap tenaga dalam portfolio menjelang 2025,” ujar Ketua Pegawai Operasi, Sime Darby Rent-A-Car-Hertz Malaysia, Nahar Hakimy.

“Kami telah mengambil langkah ke arah mengurangkan jejak karbon melalui perluasan penggunaan kenderaan elektrik dalam penawaran perniagaan. Selain pilihan barisan kenderaan, kami juga sudah menyepadukan aspek pendigitalan dan kemapanan ke dalam operasi kami,” tambah beliau.

Pengurusan Barisan Kenderaan Dan Pajakan EV Yang Pertama
Perjanjian antara SDRAC-Hertz dan MBIP menandakan perkembangan baru bagi kedua-dua organisasi. Di bawah perjanjian bersejarah ini, Hertz, yang diseliakan oleh SDRAC, akan memajak empat kenderaan elektrik kepada MBIP bagi tempoh setahun bermula Oktober 2023.

Perjanjian ini menjadikan Hertz sebagai syarikat sewaan kereta pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan pajakan EV kepada sebuah majlis bandaraya. MBIP pula menjadi majlis bandaraya pertama di negara ini untuk memanfaatkan pajakan EV untuk barisan kenderaan dalam operasinya.

Datuk Bandar, Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad berkata, pajakan empat EV dan kerjasama dengan SDRAC-Hertz hanyalah permulaan.

“Kami akan menambah jumlah EV sebagai usaha berterusan untuk mengurangkan jejak karbon di Iskandar Puteri.”

“Memupuk mobiliti hijau, merangkul kemapanan serta ke arah elektrikfikasi masa depan dengan kenderaan elektrik bukan sekadar pilihan; ia adalah kesunggguhan kami ke arah bandar dan negara yang lebih bersih, lebih hijau dan lestari. Ini juga selari dengan Pelan Mobiliti Rendah Karbon kerajaan,” ujar beliau.

Semasa majlis penyerahan di Iskandar Puteri, Johor, kereta elektrik yang disewakan telah diserahkan kepada Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Jafni Md Shukor. SDRAC-Hertz diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi, Nahar Hakimy, manakala MBIP diwakili oleh Datuk Bandar, Dato’ Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad dan Ketua Bil, Datuk Abd. Rashid Kasman.

Sebagai bukti semakin meningkatnya daya tarik EV, Datuk Mohd Jafni Md Shukor juga mengambil peluang untuk memandu uji salah satu kenderaan elektrik tersebut.

Daripada empat EV yang dipajak, satu daripadanya ialah Hyundai Ioniq 5 Plus, yang akan digunakan oleh Datuk Bandar sendiri sebagai kenderaan rasmi. Bakinya ialah tiga unit Hyundai Kona E-Max, yang akan digunakan oleh penguatkuasa majlis bagi menjalankan tugas harian mereka.

Perjanjian pajakan tersebut juga lengkap dengan pakej menyeluruh, termasuk jaminan tanpa had perbatuan, ketersediaan kenderaan ganti, penyelenggaraan, alat ganti, insurans, cukai jalan dan bantuan tepi jalan 24/7.

Untuk memastikan pengalaman yang menyenangkan bagi MBIP, SDRAC-Hertz juga mengambil tanggungjawab untuk menyelenggara barisan kenderaan bagi unit yang dipajak itu. Pendekatan proaktif ini adalah untuk memastikan MBIP mampu menjalankan amanah dan tugas mereka dalam menguruskan Iskandar Puteri tanpa masalah dan gangguan disebabkan kenderaan digunakan itu.

Rakan Sewaan EV eksklusif bagi IGEM 2023 hingga 2030
SDRAC-Hertz juga turut memperkukuhkan kesungguhannya terhadap usaha mesra alam dengan melanjutkan peranannya sebagai rakan sewaan rasmi bagi EV untuk IGEM hingga 2030. Kerjasama strategik ini menggariskan dedikasi SDRAC untuk memupuk amalan kelestarian dan mempromosi penyelesaian mobiliti hijau.

Sebagai rakan sewaan EV khusus untuk IGEM, SDRAC-Hertz akan memberikan akses kenderaan EV bagi pengunjung dalam usaha untuk menyediakan pilihan pengangkutan yang mesra alam untuk dimanfaatkan oleh lebih ramai orang.

“Kerjasama antara IGEM dan SDRAC-Hertz menandakan satu lagi kerjasama jangka panjang yang selari dengan misi penting “Race Towards Net Zero” IGEM. SDRAC-Hertz dengan jelas sedang menuju ke arah pengangkutan bersih sepenuhnya, sebagai satu daripada pelopor industri yang menampilkan kepimpinan mereka terhadap perubahan iklim Kami berharap agar usaha ini akan menggalakkan lagi kerjasama antara sektor swasta dan awam dalam mempergiat peralihan Malaysia ke arah pengangkutan hijau sepenuhnya,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif GreenTech Malaysia Alliances (GTMA), Elina binti Jani.

Previous Post

Lebih Banyak Ruang, Selesa Dengan Interior Serba Mewah

Next Post

Kereta Modifikasi & Elektrik Jadi Tumpuan

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved