Hampir 300 buah kereta modifikasi dipamerkan sepanjang berlangsungnya International Modified (IAM) Kuala Lumpur yang diadakan dari 27 hingga 29 Oktober yang lalu. Bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), pelbagai aktiviti lain turut disediakan bagi memeriahkan lagi tapak acara.
Bagi makluman, hampir 100 anugerah disediakan untuk kategori-kategori utama. Antaranya seperti Distinctive Awards, Style Awards, Car Audio Awards, Performance Awards, Disctinctive Build Awards, Type Awards, Manufacturer Awards, Car Club Awards, dan Region Awards.
Tidak ketinggalan, beberapa anugerah lain termasuk Best Interior, Wildest Wide Body, Killer Kolour, Best JDM Modified, Best Modified Retro, Best Contemporary Classic. Best Truck, Hottest Engine Bay, Best City Car, Best Compact Car, Best Roadster serta Best European, Asian, American and Malaysian Modified Car.
Sebagaimana yang dinyatakan di awal-awal tadi, IAM KL ini juga memberikan tumpuan terhadap pameran kenderaan elektrik. Para pengunjung berpeluang sesi pandu uji kenderaan-kenderaan elektrik yang turut serta sepanjang berlangsungnya acara ini.
Bukan hanya kereta-kereta modifikasi dan juga kenderaan elektrik, IAM KL juga disertai oleh beberapa jenama lain sebagai pempamer yang sekali gus memberikan peluang kepada para pengunjung mendapat informasi secara langsung dari jenama-jenama yang mereka gemar.
Tidak kurang juga, pameran-pameran kereta baharu dan juga kenderaan 4×4 yang semestinya mempunyai pengikut dan para peminat yang tersendiri.