Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

COME OUT & PLAY

Saiful by Saiful
18/11/2018
in MODIFIKASI, UTAMA

Generasi keenam Familia menampilkan beberapa varian yang masih dimainkan oleh masyarakat Killerbees sampai hari ini. Walaupun datang dari generasi yang sama, kesemua varian sedan, liftback dan hatchback yang diperkenalkan sebenarnya tidak berkongsi komponen luaran seperti yang dilakukan oleh pengeluar lain. Tak caya, cuba tengok rupa Familia BG (sedan), Astina (liftback) dan Interplay (hatchback). Mana ada sama!

Tidak seperti generasi sebelumnya, varian hatchback siri BG ini juga hanya ditawarkan sebagai model berpintu dua. Takleh pilih-pilih. Kalau nak pintu empat macam siri BF dulu, sila beli Astina. Kerek sungguh! Hal ini bukan saja menyebabkan varian hatchback mereka begitu istimewa, tapi turut mengecilkan saiz pasaran tanpa sedar.

Selain versi jalanan biasa, model hatchback Interplay ini juga memiliki varian berprestasi GT-X yang dibekalkan dengan enjin siri BPT. Selang beberapa lama selepas itu, versi homologasi GT-R pula diperkenalkan untuk membolehkan mereka menyertai perlumbaan rali Group A. Dilengkapi enjin BPD penuh kuasa, sistem pacuan AWD, serta penambahbaikkan di bahagian luaran dan dalaman, ia kekal sebagai hot hatch paling berpengaruh di kalangan peminatnya.

Kereta ini dibina semula oleh Kucit, selepas berpeluang menyambar sebijik casis kosong Interplay GT-R yang tersadai. Yer kosong. Maknanya kenalah bikin balik satu-satu dari skru pertama. Mujur Kucit dah lama terjebak dengan modifikasi model ini. Jadi proses salinan yang dirancang boleh dilakukan dengan mudah, tanpa perlu bantuan sepapan panadol.

Seperti lazimnya, kondisi casis ini perlu dibaik pulih sebelum disalin dengan komponen yang sesuai. Untuk luaran, ia telah dilengkapkan dengan komponen asal interplay GT-R, meliputi bahagian depan, belakang dan sisi. Beberapa aksesori terhad juga boleh dilihat seperti sabit arch roda, garnish pintu, lampu depan kristal dan spoiler atas karbon. Paling penting penggunaan kit badan Mazdaspeed Type B Interplay GT-R, yang memiliki ruang udara lebih besar pada bumper depan.

Bagi memantapkan sektor pengendalian, sistem gantungan diserahkan kepada set suspensi boleh laras dari Bilstein. Memastikan ia mampu berhenti pada waktunya, sistem hentian menggunakan kit brek 4-pot Wilwood Dynalite, yang digandingkan bersama brek standard Interplay GT-R di bahagian belakang. Sebagai pelengkap, bahagian roda mengandungi rim 16-inci jenis Volk Racing TE37, yang dibalut pada tayar Yokohama Advan Neova AD08 berukuran 205/50R-16 setiap satu.

Ruang dalaman turut menerima komponen milik Interplay GT-R, meliputi bahagian papan pemuka, tempat duduk dan keseluruhan panel utama. Untuk tempat duduk pemandu, ia dikepit kerusi bucket dari Recaro. Tiada gajet paparan yang digunakan, kecuali pemasa enjin dan pengawal boost GReddy Profec-B, yang diletak kemas pada sisi papan pemuka. Juga kelihatan beberapa aksesori tambahan yang lain seperti panel meter karbon, pedal kaki Lonza, serta tombol gear dan stereng Mazdaspeed.

Salinan di bahagian enjin menyaksikan penggunaan enjin siri BPD, juga dari Interplay GT-R. Seperti penggemar prestasi lain, ia telah dimanjakan dengan rangkaian komponen terpilih, termasuk di bahagian dalam enjin. Antaranya penggunaan piston Supertech, conrod Manley serta galas enjin Clevite 77. Bahagian atas enjin kemudiannya dicantumkan dengan kepala silinder Ford TX3, sebelum dialas gasket keluli Cometic dan diikat mengunakan stud dari ARP.

Sistem pendesak juga tidak terlepas dari menerima peningkatan yang setara. Tersergam di belakang radiator adalah manifold turbo kustom yang memegang kemas turbo TD06 dari GReddy. Sebuah wastegate Tial kemudiannya dipasang untuk mengawal tekanan pada perumah turbo. Bagi menyejukkan boost yang terhasil, ia dialirkan ke unit intercooler HKS Type S menerusi binaan paip sambungan kustom. Sebaik diterima masuk oleh throttle body Super90, lebihan boost yang tidak digunakan akan dibawa keluar melalui injap pelepas Tial.

Penyampaian bahan api dihantar oleh pam petrol Walbro, terus ke rel bahan api kustom yang memegang set injektor berkapasiti 560cc. Untuk kuasa nyalaan lebih efisyen, kabel pencucuh asal telah digantikan dengan sistem koil tunggal dari Honda. Memastikan perjalanan enjin ini sentiasa pada tahap optimum, keseluruhan parameternya telah ditala semula menggunakan unit ECU Link G4 Atom dengan set harness kustom rekaan Fadec yang lebih kemas.

Jika dulu kotak gear FWD Lantis sering jadi pilihan, kini keseluruhan sistem pacuan AWD Interplay GT-R boleh dibawa naik tanpa perlu diubahsuai. Untuk mengelak kejadian bersepah ketika memecut, bahagian kotak gearnya telah dilapik set klac dari Ogura Racing.

Selaku orang lama yang sudah 8 tahun bergelumang dengan corak modifikasi model yang sama, kesungguhan Kucit menghidupkan kembali kereta ini sememangnya harus dipuji. Hanya mereka yang benar-benar kental saja, sanggup bersusah payah melakukan semua ini…

Previous Post

TERBAEK YOO…

Next Post

KUCING GARONG

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved