Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

MODES SAKURA

Saiful by Saiful
29/03/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Ini bukanlah kereta yang sesuai, untuk dijadikan platform ubahsuai. Ketika diperkenalkan kira-kira sembilan tahun dulu, ia sebenarnya disasarkan kepada golongan berkeluarga kecil yang ingin memiliki sebuah mini MPV praktikal dan selesa. Tapi gitulah. Bila diilhamkan dari model JDM sebenar, ia tentu tidak terlepas dari menerima perhatian kaki bikin yang berminat.

Contohnya kereta milik Nabil, yang mula mendapat perhatian semenjak dua nih. Dah macam retis Korea rasanya. Di sebalik kejayaan modifikasi kereta ini, Nabil sebenarnya bangkit dari posisi yang agak pedih. Beberapa purnama dulu, ia pernah tergolek kuang dan meranapkan kit badan Passo Sette Admiration yang sedang digunakan. Masa tu memang kecewa sangat dah, rasa nak pindah bawah tempurung jer. Tapi lepas dipujuk kengkawan, beliau kembali bersemangat untuk membina semula kereta ini dengan rangkaian jajan lebih menarik.

Kepada yang kurang maklum, Perodua Alza merupakan saduran kepada model Toyota Passo Sette dan Daihatsu Boon Luminas. Ini memudahkan peminat JDM tempatan, memburu komponen mengikut acuan kitabnya. Banyak jugak yang boleh dipilih dan salah satu darinya adalah kit badan Passo Sette Type G, seperti yang digunakan pada kereta ini.

Kit badan ini terdiri daripada keseluruhan komponen depan seperti bumper, hood, fender dan lampu utama, termasuk tailgate, bumper dan lampu untuk belakang. Bagi memberi aura lebih menjolok mata, ia turut dipadankan dengan skirt keliling Type G rekaan Modellista. Mahal nih! Juga digunakan unit sunroof Mini Cooper, serta aksesori berkrom Passo Sette.

Kedudukan kereta direndahkan dengan set suspensi boleh laras dari HWL. Sementara kuasa hentian, masih mengharapkan sistem brek yang datang bersama hafkat. Sesuai dengan konsep yang dibawa, bahagian roda diisi rim standard Toyota bB berukuran 16-inci dan dipadankan bersama tayar Yokohama Bluearth bersaiz 185/60R-16.

Kerahan kuasa juga digantikan dengan enjin Passo Sette. Walaupun datang dengan kod yang sama, enjin ini dilengkapi sistem pacuan 4WD yang masih boleh dimuat naik. Kena ejes sikit-sikit memanglah, janji mau kental. Kalau tak macamana nak gantung longshaft, rod panhard dan axle belakang tuh.

Bahagian dalam juga diserikan dengan komponen dan aksesori milik Passo Sette. Senang citer, macam salin satu kereta jugaklah. Paling menonjol kehadiran kit aksesori Sakura merah, untuk sarung tempat duduk dan panel utama. Selain merah, ada juga warna hitam, coklat dan beige yang boleh dipilih. Memandangkan pengeluarannya sudah lama dihentikan, rasanya memang mencarut sangat dah rega benda nih.

Bukan mudah untuk bangkit dari kegagalan. Kalau jenis patah semangat, Nabil mungkin dah pencen main efbi dan hanya melayan Super Junior di bawah tempurung…

 

Previous Post

BUBBLE DREAM

Next Post

GOING TOPLESS

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved