Bertempat di MH Prestige Auto Sdn. Bhd telah berlangsungnya majlis penyerahan Civic e:HEV RS kepada pemilik pertama di Malaysia iaitu saudara Chin Kok Fung. Honda Malaysia turut memberikan Honda aksesori dah beberapa item Honda rasmi yang lain bernilai RM4,000 sebagai penghargaan.
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, En. Hironobu Yoshimura berkata Honda Malaysia Managing Director and Chief Executive Officer, Mr. Hironobu Yoshimura said, bahawa Honda Malaysia gembira di atas pelancaran varian baharu ini di mana buat kali pertamanya Civic diperkenalkan dengan rangkaian kuasa 2.0L e:HEV yang pastinya melonjakkan usaha Honda Malaysia untuk menawarkan teknologi hybrid paling canggih untuk pengguna di Malaysia.
Setakat hari ini, Honda Malaysia telah menyerahkan lebih 180 unit Civic e:HEV RS kepada rakyat Malaysia. Majlis penyerahan yang diadakan ini meraikan lagi peristiwa yang tidak dapat dilupakan bersama pemilik pertama kereta ini yang menjadi milik saudara Chin Kok Fung.
Honda Malaysia turut merakamkan ucapan terima kasih kepada para pelanggan yang tidak pernah putus memberikan sokongan terhadap jenama ini. Honda Malaysia telah membuat yang terbaik untuk menyerahkan model terbaharu pada masa yang ditetapkan dan dalam masa yang sama memastikan mengekalkan servis dan produk pada kualiti terbaik.
Hadir sama pada majlis penyerahan ini pastinya saudara Chin Kok Fung yang meminati jentera yang dipacu oleh prestasi yang cemerlang. Apabila Honda memperkenalkan trenkuasa 2.0L e:HEV, beliau terus terpikat dengan teknologi serta prestasi yang ditawarkan. Malah, beliau juga tidak sabar untuk menikmati sendiri pengalaman memandu dan menguji kehebatan teknologi e:HEV untuk menguji potensi kereta ini.