Chevrolet telah mengemaskini barisan Colorado untuk trak generasi terbaharu. Kesemuanya didatangkan dengan kotak lebih pendek dan mempunyai versi enjin 4-silinder turbocharged 2.7 liter yang sama. Walaupun didatangkan dengan gaya hampir sama, harganya berbeza sekiranya anda mengambil trak entry-level flagship ZR2.
Ia menampilkan high-output turbocharged 2.7-liter sebagai standard, yang menghasilkan 310 hp dan 430 lb-ft tork. Didatangkan dengan roda 17-inci, tempat duduk dengan pemanas, pemapar digital 11-inci dan juga pakej off-road ZR2. Perubahan harga bermula di sini iaitu kemasan eksterior yang menambah sekitar $495 (RM2,189.35) untuk cat Radiant Red Tintcoat. Chevrolet turut menawarkan beberapa pilihan warna lain tanpa caj tambahan.
Selain itu, ada beberapa pakej lain turut ditawarkan Chevrolet seperti Desert Boss Special Edition untuk $9,295 (RM41,113.60) . Ia menggantikan roda 17-inci normal dengan rim beadlock serta underbody kamera, bampar untuk jalan lasak dengan bar depan safari, bar sport jalan lasak dan roof light. Selain itu, kotak pengagihan kuasa serta beberapa item lain. Malangnya, ia tidak termasuk dengan Recovery Package $2,495 (RM11,035.21).
Bagi makluman, pakej ini bukan untuk pasaran Malaysia dan Chevrolet Colorado hanya akan memasuki produksi di suku pertama tahun 2023.
sumber : Motor1