Skoda, pengeluar dari Czech untuk kenderaan yang praktikal dan harga yang berpatutan kini tampil dengan logo baharu. Ia merupakan sambungan kepada rekaan jenama baharu yang didedahkan bersama konsep Vision 7S dan dikatakan sebagai perubahan identiti terbesar Skoda sejak 30 tahun lalu.
Perubahan ini dikatakan sebagai Strategy 2023 pengeluar yang memberikan tumpuan terhadap pengeluaran kenderaan elektrik dan juga era digital. Logo jenama baharu dan identiti jenama ini diambil dari dua trend yang lebih ringkas. Menurut Skoda, ia mudah untuk dikenali berbanding rekaan 3 dimensi sedia ada.
Berbanding emblem Skoda sebelum ini, kenderaan baharu jenama ini akan menampilkan perkataan Skoda pada boot depan. Logo typografik ini bukan sahaja tampil di bahagian belakang kereta dari syarikat ini seperti sebelumnya malah juga diletakkan di bahagian depan juga. Bagi memberikan penampilan lebih menarik, huruf S didepan diberikan aksen unik.
Menurut salah seorang ahli pasukan pemasaran Skoda, Martin Pavlík berkata bawaha aksen ini memberikan cabaran untuk mereka khususnya dari perspektif global yang mengelirukan ramai para pelanggan. Bentuk terbaharu ini, diselarikan dengan simetri logo, yang membuatkan para pelanggan pasaran domestik dan juga lain-lain dapat mengenalinya dengan lebih mudah menggunakan perkataan.
Bagaimana pula dengan anak panah bersayap yang penuh lagenda itu? Ia dikekalkan tetapi dalam bentuk yang telah diubah. Logo tersebut telah dimudahkan dengan rekaan dua dimensi dan mendatar bermula dari sekarang. Bentuk asasnya, saiz dan maksud logo, tidak berubah.
Sekumpulan kecil para pekerja Skoda bertungkus lumus untuk membentuk rekaan logo dan identiti terbaharu ini. Bagaimanapun, kumpulan ini menerima sokongan dari 165 rekaan cadangan sewaktu proses ini dimulakan. Cadangan kemudiannya disenarai pendek kepada tiga pilihan yang melibatkan sebanyak 2,200 respondan dari Republik Czech, Jerman, Itali, Norway dan beberapa negara lain.
Logo terbaharu ini apak tampil buat kali pertama pada bahan-bahan komunikasi dan juga media sosial. Bermula dari tahun 2024, ia akan mula ditampilkan ke atas model-model Skoda baharu.
Sumber : Motor1