PHS Automotive Malaysia atau dikenali sebagai PHSAM secara rasminya memasuki pasaran Malaysia sebagai pengedar rasmi untuk jenama Audi. Dimiliki sepenuhnya oleh pakar automotif Eropah iaitu Porsche Holding Salzburg (PHS), PHSAM akan mewakili seluruh kegiatan seperti pemasaran dan selepas jualan jenama itu di Malaysia.
Mengetahui pasukan PHSAM ini ialah dua pengarah urusannya iaitu Erik Winter dan Kurt Leitner yang juga memegang jawatan sebagai pengarah urusan di syarikat Volkswagen Passanger Cars Malaysia (VPCM). Kedua-duanya memainkan peranan sangat besar dalam memacu kejayaan jenama Volkswagen di Malaysia termasuk pengembangan barisan produk CKD.
Lanskap automotif premium ini dipenuhi dengan persaingan sengit dan tertalu banyak cabaran yang perlu diatasi. Namun, pasukan baharu ini benar-benar yakin dengan pembangunan yang bakal dicipta bersama jenama Audi.
Sebagaimana yang diketahui, Audi merupakan salah satu jenama premium dan mempunyai peminat setiap yang turun dari generasi ke generasi. Fokus utama syarikat ini adalah untuk memperkukuhkan pasaran SUV, S Line dan juga barisan Quattro dengan elektrik memainkan peranan utama.
Berbekalkan pengalaman pasukan dan disokong oleh pakar PHS bertaraf global, pasukan ini yakin dengan jenama Audi itu sendiri. Antara barisan sedia ada Audi untuk sedan, sportback dan SUV seperti With the strength of our team’s experience and backed by PHS’ global expertise, we are confident of A5, A7, Q3, Q5 dan Q8, begitu juga dengan model prestasi RS.
Kereta-kereta yang dibeli bermula dari 1 Julai ini akan ditawarkan bersama 3 tahun penyelenggaraan percuma, 5 tahun waranti perbatuan tanpa had dan juga 5 tahun bantuan ketika berada di atas jalanraya. Buat masa ini, jenama Audi telah pun memulakan khidmat pelanggan kepada para pemilik Audi Centre yang berlokasi di Juru dan Glenmarie dan juga Ipoh. Manakala pusat Audi di Setia Alam akan dipulihkan semula pada 1 Ogos 2022.