Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Platform Kereta Terpakai Digital, Berkembang Paling Pantas Di Malaysia

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
02/07/2022
in BULETIN, UTAMA

myTukar mengumumkan inisiatif penjenamaan semula, bagi mencerminkan kekukuhan jenama sebagai sebahagian daripada rangkaian serantau CARRO. Penjenamaan semula ini merangkumi rupa dan skema warna baharu, yang direka bagi menzahirkan visi dan hala tuju syarikat induknya ke arah menjadi platform kereta terpakai No.1 di Asia Tenggara serta rantau lain.

Inisiatif ini akan menjadi titik permulaan kepada pelbagai perubahan yang mengujakan bagi syarikat ini, untuk terus menyuntik nafas baharu ke dalam industri kereta terpakai yang berkembang pesat. Malah, kempen pertama myTukar yang disokong oleh Carro bakal dilancarkan dalam masa beberapa minggu lagi.

Derrick Eng, Ketua Pegawai Eksekutif myTukar berkata, “Banyak aspek kehidupan kita telah berubah sejak pencetusan pandemik, tidak kiralah gaya hidup, tabiat, mahupun pilihan harian kita. Kini, seiring dengan peralihan ke fasa endemik, inilah masa terbaik untuk “tukar” kenderaan anda. Menerusi usaha kolektif sebagai sebuah syarikat, bersama dengan rakan kongsi, pengedar dan pelanggan yang meyakini kredibiliti kami, myTukar telah mewujudkan pasaran kereta terpakai yang lebih mudah diakses, telus dan boleh dipercayai.

Penambahbaikan myTukar bukan sekadar tentang penjenamaan semula – kami telah menyepadukan keupayaan, perniagaan, kecerdasan data dan pengetahuan teknikal dengan syarikat induk kami, CARRO bagi membawa nilai yang lebih kepada semua pelanggan.”

“Usaha pengembangan serantau kami bermula dengan matlamat untuk mendigitalkan proses pemilikan kereta pra-milik tradisional. Selepas memasuki pasaran Indonesia dan Thailand, kami terus melebarkan sayap ke Malaysia dan akhirnya menjalin perkongsian dengan myTukar, yang berkongsi visi sama untuk meningkatkan pengalaman digital pengedaran kereta di negara ke arah menjadi peneraju industri di rantau ini.

Penjenamaan semula myTukar hari ini adalah pembaharuan komitmen syarikat untuk menawarkan pengalaman bertaraf dunia kepada pelanggan, selain menjamin proses pemilikan kereta yang lancar dan telus. Dengan menyelaraskan dan menyatukan identiti serta nilai teras jenama kedua-dua pihak, kami sangat teruja untuk menyertai perjalanan myTukar,” tambah Aaron Tan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama CARRO.

Oleh sebab pelanggan kini lebih yakin terhadap kereta terpakai, permintaan telah melonjak sebanyak 8% pada suku pertama 2022. Justeru itu,bagi memenuhi peningkatan permintaan ini myTukar menganjurkan satu lagi pameran automotif di pusat pameran utamanya, myTukar Retail Experience Centre, Puchong South. Pameran ini berlangsung selama tiga hari dari 1 hingga 3 Julai ini, dijangka akan menarik lebih 6,000 pengunjung yang berpeluang mendapat akses kepada lebih 1,000 kereta Pra-Milik yang disahkan myTukar.

Acara ini akan mencerminkan usaha myTukar dalam memudahkan dan membudayakan pembelian kenderaan yang bijak dalam kalangan rakyat Malaysia. Jenama itu ingin menjadikan kemudahan dan kesenangan sebagai aspek utama dalam perjalanan proses pembelian di masa hadapan, sebagai sebahagian daripada komitmen kepada semua pelanggannya. Untuk menjadikan proses pembelian lebih unik bagi pelanggan mereka, myTukar juga akan memperkenalkan kumpulan trak flatbed untuk menghantar kenderaan terus ke depan pintu rumah pelanggan, di mana sahaja mereka berada.

Sepanjang pameran ini, pelanggan dapat memperoleh nilai tukar beli untuk kenderaan mereka dengan segera, menikmati kadar faedah pinjaman serendah 1.88% serta mendapat kelulusan pinjaman dan serahan kereta pada hari yang sama. Beberapa institusi perbankan yang menyertai pameran ini ialah Maybank, CIMB Bank, Public Bank, RHB Bank, Hong Leong Bank, dan Genie Financial Services, penyedia perkhidmatan kewangan myTukar.

Menyuntik Nafas Baharu kepada Sebuah Jenama Dipercayai
Pengumuman penjenamaan semula myTukar adalah seiring dengan pertumbuhan pesat jenama secara digital dan perkembangannya di seluruh negara baru-baru ini. Selama beberapa tahun, jumlah transaksi syarikat telah meningkat sebanyak 63% bagi borong, 260% secara runcit, manakala hasil bersih telah meningkat sebanyak 89%. Selari dengan strategi myTukar untuk memacu pertumbuhan dan jualan, penjenamaan semula ini bertujuan mendekatkan syarikat dengan pengguna dan bersiap siaga untuk pengembangan seterusnya di seluruh negara.

Tambah Derrick lagi, “Penjenamaan semula ini adalah komitmen kami untuk menawarkan pelanggan satu pengalaman pembelian yang komprehensif, apabila mereka membeli kenderaan idaman mereka yang seterusnya. Kami yakin, dengan sokongan teknologi CARRO, kehadiran serantau dan pengalaman kami dalam pasaran Malaysia, kami akan dapat meneruskan prestasi pertumbuhan yang hebat. Usaha berterusan kami dalam pameran auto fizikal di seluruh negara mencerminkan komitmen kami untuk memudahkan rakyat Malaysia menilai dan mengakses kereta terpakai kami yang berkualiti serta membuat keputusan pembelian yang bijak.”

Sementara menantikan pelancaran rasmi penjenamaan semula myTukar, kotak-kotak jingga besar dengan kod QR telah diletakkan di pelbagai lokasi di seluruh negara. Bermula di Plentong, Johor Bahru semasa Pameran Auto myTukar 2022, kemudian di Lembah Klang di The Starhill, One Utama, dan IOI City Mall, serta di Pulau Pinang di Gurney Plaza dan kini di Pusat Pengalaman Peruncitan myTukar, di Puchong. Kotak mudah alih turut dilihat di Ipoh, Taiping, Alor Setar, Johor, dan Pulau Pinang.

Kotak-kotak jingga yang mencuri perhatian ini menawarkan peluang kepada peserta-peserta bertuah untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM20,000. Semakin ramai orang mengimbas kod, hadiah lebih menarik akan ‘dibebaskan’, sekali gus menyuntik semangat komuniti dalam usaha mereka untuk ‘membebaskan’ dan memenangi hadiah-hadiah terhebat.

Acara ini mencerminkan usaha myTukar untuk memudahkan rakyat Malaysia membuat keputusan pembelian yang bijak apabila memilih kenderaan mereka seterusnya. myTukar menitikberatkan kemudahan sebagai aspek utama dalam proses pembelian sebagai sebahagian daripada komitmen kepada pelanggannya. Pelanggan juga tidak lama lagi akan menikmati pengalaman baharu yang unik, kerana myTukar akan memperkenalkan kumpulan “trak flatbed” untuk menghantar kenderaan terus ke rumah pelanggan.

Sejak ditubuhkan pada 2018, myTukar hari ini telah berkembang menjadi satu pasaran dalam talian yang menawarkan rangkaian perkhidmatan komprehensif bagi semua aspek pemilikan kereta, dengan lebih 4,000 penjual. Platform digital jenama itu membolehkan pengguna membeli atau menjual kenderaan secara mudah dan selesa dari rumah. Selain menyatukan pembeli dan penjual di seluruh negara, myTukar turut menyediakan pelbagai perkhidmatan selepas jualan seperti insurans, servis kenderaan, dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut tentang myTukar dan perkembangan yang terkini , sila layari https://mytukar.com/.

 

Previous Post

Yakin Dengan Pasaran Tempatan Serta Pengaruh Yang Dibawa Oleh Jenama Ini

Next Post

Penampilan Lebih Moden Dengan Kokpit Digital Serba Baharu

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved