Ssangyong telah mendedahkan Torres terbaharu secara rasminya di pasaran Korea dengan harga permulaan $21K (RM92,839.60), tampil dengan gaya yang lasak dan mirip jenama-jenama popular sedia ada. Bahagian hadapannya menampilkan grille gaya Jeep dengan lampu hadapan LED yang nipis, garis-garis dinamik di bahagian bonet serta plat bergaya aluminium.
Penampilan profilnya telah dikemaskini khususnya di bahagian fender depan dan belakang, aloi rim yang lebar sehingga 20 inci (17 inci dan 18 inci mengikut rim standard). Kotak penyimpan barang di sisi sebagai pilihan yang sama seperti Land Rover Defender. Di bahagian belakang, terdapat bonggolan pada atas tailgate menyerupai penutup tayar simpanan seperti yang ada pada model 4×4. Manakala lampu LED pada bahagian tailgate benar-benar seperti Ford Explorer.
Bergerak ke bahagian dalam iaitu di bahagian kabinnya dihiasi dengan kluster instrumen digital, sebuah infotainmen skrin sesentuh 12.3 inci dan panel sesentuh 8 inci untuk mengawal keadaan suhu di bahagian bawah seperti Jaguar Land Rover. Stereng empat jejari ini mempunyai banyak butang. Manakala di bahagian dashboard, pintu dan juga konsol tengah menampilkan aksen mental, berlawanan dengan upholstery kulit.
Mengikut pada kemasannya, kelengkapan yang ada pada model ini termasuk lampu ambien, 6 unit speaker, 4 slot USB, tempat duduk hadapan dengan ruang udara, 7 beg keselamatan udara dan juga banyak ADAS. Menurut SsangYong, Torres ini mempunyai 703lt (24.8 kubik kaki persegi) untuk ruang beg dalam konfigurasi 5-tempat duduk, sehingga 1,662 lt (58.7 kubik kaki persegi) dengan tempat duduk belakang yang boleh dilipat. Syarikat ini turut menawarkan kelengkapan untuk ‘outdoor’ termasuk perkakasan kanvas, kerusi dan juga kotak penyejuk untuk perkelahan.
Malangnya, tiada apa-apa maklumat teknikal yang diberikan tetapi SsangYong ada menyebut tentang enjin T-GDI – berkemungkinan mempunyai enjin caj turbo 1.5-liter 4-silinder, unit petrol yang sama seperti yang ditemui dalam Korando – dipadankan secara eksklusif dengan transmisi automatik 6-kelajuan. Kuasa dihantar ke seluruh tayar hadapan tetapi turut mempunyai pilihan 4WD khusus kepada mereka yang mahukan perjalanan yang lasak untuk memadankan penampilan SUV ini.
Di Korea, SsangYong Torres sudah pun dibuka untuk tempahan dengan harga permulaan sekitar $20,911 sehingga $23,630 (RM92,466.784 sehingga RM104,489.99). Ada laporan mengatakan, versi elektrik penuh Torres akan berada di pasaran Eropah sekitar tahun 2023.
Sumber : Carscoops